Monday 23 December 2019

TIADA KENAIKAN CUKAI PINTU DI SARAWAK


BEBERAPA hari yang lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan iaitu YB Zuraida Kamaruddin menyatakan kesemua negeri di Malaysia akan menaikkan cukai taksiran mulai tahun 2020.  Itulah hakikatnya yang terpaksa ditelan rakyat setelah PH mendominasi tampuk pemerintahan di Putrajaya.  Dihapuskan GST namun begitu ada berapa banyak cukai baru malah tarif yang sedia ada dinaikkan.  

Dalam pada itu untuk kontek Sarawak, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan iaitu Datuk Dr Penguang Manggil menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak TIDAK AKAN MENAIKKAN CUKAI PINTU di Sarawak.  Biarpun arahan daripada Persekutuan namun sesuatu yang Menteri Persekutuan lupa atau tidak mengetahui bahawa apa sahaja yang mengenai kerajaan tempatan adalah bidangkuasa negeri yang mana Sarawak mempunyai AUTONOMI sendiri iaitu dibawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan manakala negeri-negeri yang lain pula tertakluk dibawah Akta Pihak Berkuasa Tempatan. Kesemua ini sudah diperjelaskan secara konkrit di dalam Perjanjian Malaysia 1963.  

Untuk itu Sarawak BERHAK UNTUK TIDAK MENGIKUT Persekutuan kerana Kerajaan Sarawak berpendapat adalah TIDAK PERLU UNTUK MEMBEBANKAN rakyat di Sarawak lagi.  

Pautan berita penuh:


Begitulah hendaknya jika hendak menjadi pemerintah yang sentiasa peka dengan kepayahan rakyat.  Kos hidup sekarang terlalu tinggi dengan beban harga barangan yang naik dan sebagainya. Keputusan Kerajaan Sarawak sudah tentu akan melegakan ramai pihak SEKALIGUS mempertahankan AUTONOMI yang sememangnya sudah ada untuk Sarawak sebagai pembentuk Negara Malaysia.  Kita tidak perlu mengikut telunjuk Malaya!.


#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST 

No comments:

Post a Comment