Thursday, 12 December 2019

BAYAR DULU 5% CUKAI JUALAN PETROLEUM, YANG LAIN CERITA KEMUDIAN


EKORAN daripada adanya keinginan Persekutuan untuk menjual kepentingannya di dalam Petronas kepada Sabah dan Sarawak adalah sesuatu yang diluar jangkaan namun begitu jika melihat kepada tindakan Persekutuan semenjak dipegang oleh Pakatan Harapan sememangnya menyaksikan satu persatu aset-aset kerajaan dijual jadi ianya tidaklah begitu mengejutkan.   

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yang juga Ketua Penerangan PBB dan merangkap ADUN Muara Tuang turut mempunyai pandangan beliau sendiri.  Menurut beliau apa yang penting sekarang adalah Petronas harus membayar dahulu 5% cukai jualan petroleum yang mereka belum dibayar kepada Sarawak.  Ini kerana tiada kompromi bilamana isu cukai adalah hak Kerajaan Sarawak yang telah dilanggar.  Hanya selepas segalanya diselesaikan baharulah Sarawak boleh mempertimbangkan untuk pilihan yang lain.  

Selain itu menurut Dato Idris, tawaran untuk menjual kepentingan Petronas kepada Sarawak adalah satu tawaran yang menarik dan harus dipertimbangkan sebaik mungkin oleh Kerajaan Sarawak.  Namun begitu andaikata Sarawak membeli maka bukanlah hanya sekadar membeli sahaja sebaliknya wakil-wakil Sarawak harus ada di dalam lembaga pengarah Petronas yang mempunyai kuasa pemutus (decision making) dan bukannya sekadar untuk memanaskan kerusi mesyuarat sahaja.  

Berbicara dari segi kenyataan CEO Petronas yang mengatakan adalah mustahil untuk Petronas mampu membayar 20% royalti minyak kerana keuntungan mereka sedikit, ianya adalah HANYA SATU ALASAN sahaja kerana jika diambilkira apa yang diberikan oleh Petronas kepada Persekutuan pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM82 bilion boleh pula mereka adakan.  Dari hanya satu perbadanan kecil dan sekarang sudah tersohor di mata dunia, Petronas seharusnya “membalas budi” Sarawak yang mana hasil buminya dipunggah oleh mereka lebih 40 tahun untuk memantapkan organisasi mereka.

Sebagai satu entiti kerajaan seperti Petronas termasuk Kerajaan yang sedang bertakhta di Putrajaya sekarang seharusnya sudah tahu perbezaan pembangunan antara Sarawak dan Malaya amatlah jauh dan adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk memastikan bahawa pembangunan Sarawak, Sabah dan Malaya harus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.  

Lagipun jika diikutkan pihak Petronas mahupun Putrajaya seharusnya sudah mengetahui bahawa kesemua ini adalah mengikut apa yang ada di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Antara Kerajaan (IGC) yang menjadi nadi kepada pembentukan Malaysia. OMO 1958 adalah termaktub di dalam undang-undang Sarawak.  Sebagai satu kerajaan yang baik mereka janganlah buat-buat lupa bahawa sebarang hasil bumi daripada sebuah negara yang merdeka tertulis di dalam undang-undang antarabangsa seperti Resolusi 1803 (XVII) United Nations pada tanggal 14 Disember 1962 yang menyatakan ketetapan untuk satu negara yang merdeka mempunyai kuasa keatas sumber hasil buminya.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, isu pembayaran 5% cukai jualan Petroleum masih lagi belum menemui noktah kerana Petronas masih berdegil enggan membayar.  Untuk itu, Sarawak sudahpun menyaman Petronas untuk tuntutan pembayaran yang mana menyaksikan Sarawak dan Petronas akan bertembung di mahkamah kelak.  Setakat ini kesemua syarikat yang beroperasi di Sarawak sudahpun membayar 5% cukai jualan petroleum seperti yang dikuatkuasakan MELAINKAN PETRONAS.

Jika Putrajaya ingin menjual kepentingan di dalam Petronas kepada Sabah dan Sarawak kerana konon-konon gagal untuk menunaikan janji memberikan royalti 20% minyak kepada kedua-dua negeri ini janganlah pula Petronas menggunakan isu ini untuk mengelak membayar cukai jualan kepada Sarawak.  Hak tetap hak.  

#IAMSARAWAKIAN
#SarawakFirst 

No comments:

Post a Comment