Monday, 23 December 2019

PETROS AKAN AMBILALIH URUSAN GAS DI SARAWAK DARI PETRONAS


SEJAK tahun 1974, kita menyaksikan PETRONAS diberikan hak untuk mengaut sumber minyak dan gas di Sarawak.  Setelah beberapa waktu niat untuk membantu pembangunan di Malaysia akhirnya memakan diri tatkala pulangan seciput yang diberikan kepada Sarawak menjadi duri dalam daging akan isu keberhasilan minyak dan gas yang dipersoalkan oleh rakyat Sarawak sendiri.  

Tatkala Oil Mining Ordinance 1958 dikuatkuasakan semula setelah diperam sebegitu lama dek kerana kekhilafan kita melupakan hak yang sudah tertulis maka baharulah 5% cukai jualan produk petrol dan gas dikuatkuasakan.  Hasil daripada 5% cukai itulah yang menjadi penambahan pendapatan untuk Sarawak yang mampu digunakan untuk membangunkan Sarawak tanpa bergantung kepada belas ihsan daripada Persekutuan.  

Ketika menyampaikan ucapan Hari Krismas 2019, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengwar-warkan bahawa sedikit masa lagi PETROS yakni satu organisasi Kerajaan Sarawak akan mengambilalih kesemua urusan gas yang sekarang sedang dibawah Petronas di Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Sesungguhnya ini merupakan satu berita yang amat kita nanti-nantikan kerana sudah tiba masanya Sarawak menguruskan sendiri hasil buminya.  Usah dianggap ianya omongan kosong kerana jika dilihat kepada kemampuan anak Sarawak sememangnya boleh kerana umum mengetahui anak-anak Sarawak tidak pernah kurang dengan kepakarannya.  Kita mampu menguruskannya sendiri tanpa perlu “bertuankan” sesiapa.  

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST 

No comments:

Post a Comment