Friday, 13 December 2019

SARAWAK UMUM BANTUAN KHAS PESAKIT BUAH PINGGANG


KITA begitu maklum akan betapa  peritnya para pesakit buah pinggang sememangnya memerlukan dana yang banyak untuk rawatan perubatannya.  Prihatin terhadap beban yang ditanggung di kalangan rakyat Sarawak yang menghidapi sakit buah pinggang, semalam Kerajaan Negeri Sarawak di dalam mesyuarat kabinet telah meluluskan apa yang dikenali sebagai BANTUAN KHAS PESAKIT BUAH PINGGANG  


Bantuan ini adalah berbentuk bantuan klinikal yang mana ianya meliputi seperti berikut:

1. RM3,000 sekali beri untuk pemasangan Arteriovenous Fistula (AF);
2. RM240 sebulan untuk suntikan Erythropietin (EPO);
3. Maksima RM200 untuk setiap sesi hemodialisis;
4.  Maksima RM2,800 sebulan untuk pesakit mengambil Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sekiranya tiada slot untuk rawatan hemodialisis.


Selain itu, Kerajaan Sarawak turut memberikan bantuan sokongan iaitu seperti berikut:

1.  Penempatan 30 mesin hemodialisis yang baharu secara berperingkat di dalam tempoh lima tahun (enam mesin setahun);
2.  RM50 untuk bantuan pengangkutan bagi setiap sesi rawatan (keutamaan kepada pesakit luar bandar);
3. Bantuan transplan sebanyak RM5,000 untuk kos penginapan RM5,000 untuk kos penginapan dan pengangkutan bagi pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur. 


Syarat untuk pesakit buah pinggang mendapatkan bantuan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Sarawak tanpa mengira umur yang tergolong di dalam kumpulan B40 dan M40;
2. BUKAN penjawat dan pesara awam;
3. BUKAN pencarum PERKESO

Sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan ini silalah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) kerana ianya akan berkuatkuasa mulai tahun 2020.  

Pautan berita penuh:


Sekali lagi Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak telah mengambil satu langkah ke hadapan bagi memastikan kebajikan rakyat Sarawak sentiasa dijaga lebih-lebih lagi untuk golongan yang kurang berkemampuan serta di dalam musibah kesakitan.  

Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak dan GPS kerana prihatin akan untung nasib rakyat.  

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST

No comments:

Post a Comment