BUKAN lagi satu mimpi sebaliknya inilah kenyataan yang mana akan menjadi realiti menjelang Januari 2020 apabila satu lagi episod sejarah akan tercipta tatkala seorang anak Sarawak buat pertama kalinya bakal dilantik sebagai Panglima Tentera Malaysia. Ianya satu penghormatan besar kepada rakyat Sarawak yang mana sudah diketahui umum antara yang terkenal dengan kepahlawanannya di dalam dunia ketenteraan.
Individu yang dimaksudkan adalah Jeneral Tan Sri Affendi Bin Buang yang turut mendapat jolokan dengan nama “Apai” di dalam dunia ketenteraan. Dengan tempph persaraan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin maka beliau yang juga merupakan satu-satunya anak Sarawak ketika ini yang memegang jawatan tertinggi di dalam TUDM akan mengambil alih jawatan tertinggi di dalam angkatan Tentera Malaysia.
Anak Melayu Sarawak yang dilahirkan pada tanggal 21 Ogos 1962 di Kampung Lintang, Petra Jaya, Kuching memulakan langkah sebagai anggota tentera setelah menamatkan MCE pada tahun 1979 di Kolej Tentera Diraja, Sungai Besi. Kemudian memasuki Officer Cadet School di Sebatang Kara, Negeri Sembilan dan seterusnya terpilih untuk menjalani latihan asas penerbangan di RMAF Alor Setar. Setelah ditauliahkan dengan jawatan sebagai Leftenan Muda RMAF, beliau tidak lagi memandang ke belakang sebaliknya terus fokus dan komited dengan kerjaya impian beliau.
Bukan “apai sebarang apai” kerana anak Sarawak inilah antara pengasas pasukan akrobatik “The Smokey Bandits” malah beliau sendiri antara yang memandu pesawat akrobatik tersebut. Berbicara dari aspek dunia tempur pula, Jeneral Tan Sri Affendi adalah antara anggota tentera yang terlibat secara langsung di dalam memerangi komunis ketika zaman komunis berleluasa dahulu.
Tahniah anak Sarawak.
Nota: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber dalaman yang telah disahkan. Antara pautannya adalah seperti berikut:
https://www.airtimes.my/2019/12/30/sejarah-tercipta-jeneral-tan-sri-affendi-buang-anak-sarawak-pertama-bakal-dilantik-panglima-angkatan-tentera/
No comments:
Post a Comment