Sunday, 29 December 2019

KENAIKAN HARGA MASUK KE SCV, KEMENTERIAN PELANCONGAN TIDAK DIBERITAHU


BEBERAPA hari yang lepas tular di media sosial akan satu pemberitahuan daripada pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak mengenai harga untuk memasuki perkampungan tersebut iaitu dari RM60 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak) ke RM85 (berumur 13 tahun ke atas) dan RM50 (dibawah 12 tahun). Rata-rata dunia netizen tidak menyetujui kenaikan harga tersebut yang mana ianya difahamkan akan berkuatkuasa pada tanggal 1 Januari 2020 ini.  

Mengulas isu tersebut, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu Datuk Abdul Karim bin Hamzah yang juga ADUN Asajaya menyatakan bahawa pihak kementeriannya TIDAK PERNAH DIBERITAHU oleh pengurusan SCV iaitu SEDC akan kenaikan tersebut.  Tambah beliau lagi sebagai satu kementerian yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal pelancongan seharusnya pihak SEDC memberitahu kepada mereka terlebih dahulu.  Untuk itu beliau telah mengarahkan pihak kementeriannya untuk segera membuat siasatan agar hal ini dapat dimuktamarkan.  

Menurut YB Datuk Karim adalah tidak adil untuk menyeragamkan harga kemasukan ke SCV kepada semua tanpa memberi harga istimewa untuk rakyat Sarawak sendiri kerana mereka juga berhak untuk mendatangi Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Sarawak.   


Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment