Thursday, 26 December 2019

BANKRAP DALAM 3 TAHUN TETAPI PENGURUSAN KEWANGAN SARAWAK “A-” PERINGKAT GLOBAL


TANGGAL 21 Jun 2019 menjadi saksi bagaimana seorang Menteri Kewangan Malaysia mencanangkan kepada umum bahawa Sarawak akan bankrap di dalam mana tiga tahun kerana pengurusan perbelanjaan yang tidak cekap.  Semudah itu seorang menteri Persekutuan berbicara hanya untuk meraih sokongan politik.  Namun begitu tatkala S&P Rating Global mengklasifikasi Kerajaan Sarawak berada di kedudukan “A-” di dalam pengurusan kewangan yang dikatakan amatlah cekap dan terbaik di Malaysia maka tuduhan sembrono Lim Guan Eng itu sudah mampu ditidakkan.  

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yang merupakan Ketua Penerangan PBB dan ADUN Muara Tuang menyatakan pengiktirafan “A-” itu sudah cukup membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak bukanlah hanya pandai berbelanja sahaja sebaliknya tahu bahawa setiap perbelanjaan dan juga pendapatan Sarawak diurus dengan penuh teratur dan terancang.  Sekaligus ianya mampu memangkin Sarawak untuk terus maju dan berkembang di masa hadapan.  

Pengiktirafan daripada peringkat global itu juga akan mampu membuka mata para pelabur untuk terus melabur di Sarawak terutama sekali pelabur-pelabur dari wilayah BIMP-EAGA seperti Brunei, Filipina, Indonesia dan sebagainya.  

Pautan berita penuh:


No comments:

Post a Comment