Saturday 7 December 2019

TIADA KENAIKAN TARIF AIR DI SARAWAK


TATKALA Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli iaitu Datuk Dr. A Xavier Jayakumar mengwar-warkan bahawa “SEMUA NEGERI BERSETUJU MENAIKKAN TARIF AIR TAHUN DEPAN” ianya menjadi satu tanda tanya kerana tidaklah diketahui “semua negeri” yang dimaksudkan itu adalah negeri-negeri dibawah PH ataupun negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja.  

Pautan kenyataan Datuk Dr. A Xavier Jayakumar seperti berikut:

https://www.sinarharian.com.my/article/60603/BERITA/Nasional/Semua-negeri-setuju-naik-tarif-air-tahun-depan-Xavier 

Menurut Kementerian Utiliti Sarawak buat masa sekarang Kerajaan Sarawak tidak pernah berhasrat ataupun menyetujui untuk menaikkan tarif air di Sarawak.  Ini kerana isu air merupakan dibawah bidangkuasa Sarawak sendiri seperti apa yang termaktub di bawah Water Ordinance dan Water Regulations Sarawak.  Andainya Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berbicara dari konteks The National Water Service Commission (SPAN) yang termaktub di dalam Water Services Industries Act 2006 (Act 655) maka ianya hanya berkuatkuasa ke atas negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Labuan TETAPI TIDAK UNTUK SARAWAK.  

Pautan berita selanjutnya:


Beginilah jadinya apabila menteri yang dilantik langsung tidak tahu membezakan yang mana satu bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.  Seringkali mereka leka bahawa Sarawak mahupun Sabah BUKANLAH SAMA seperti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.  Oleh kerana Sarawak dan Sabah adalah PEMBENTUK NEGARA MALAYSIA maka kita punya undang-undang yang berbeza.  

#IamSarawakian
#SarawakFirst 

No comments:

Post a Comment