PADA sidang dewan rakyat dahulu kita menyaksikan pindaan untuk Artikel 1(2) Persekutuan Malaysia mengenai status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sejajar bersama Malaya tidak mampu dilakukan. Ada beberapa isu yang sudah pasti ramai kita mengetahuinya. Namun begitu itu bukanlah satu alasan untuk terus menidakkannya kerana pengembalian status itu penting waima dari segi ayat sekalipun kerana kita tidak mahu ianya hanya sekadar begitu sahaja tanpa melibatkan kuasa dan hal-hal yang lain.
Semalam menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak mengadakan satu mesyuarat tertutup di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan menurut apa yang diwar-warkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Liew Vui Keong bahawasanya ketiga-tiga pucuk pimpinan Malaysia, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk usul pengembalian status Sabah dan Sarawak dibawa di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat Mac 2020 ini.
Pautan berita penuh:
Ini merupakan satu perkhabaran yang gembira untuk kita sebagai rakyat Sabah mahupun Sarawak kerana ianya sudah lama menjadi impian kita untuk diangkat kembali sebagai rakan sejajar penubuhan Malaysia DAN BUKANNYA negeri ke-12 dan ke-13 di dalam Malaysia.
Biarlah lambat asalkan selamat. Cukup-cukuplah terjerat sekali dahulu sehingga dituruntaraf sebegitu sahaja. Pengembalian status ini juga bukan hanya setakat “bicara” sahaja sebaliknya dengan impak yang menyeluruh. Itu penting!
#IAMSARAWAKIAN
#SarawakFirst
No comments:
Post a Comment