Monday 2 December 2019

ABU CHIN PENG BUKAN SETAKAT ABU TETAPI RASA SAKIT YANG AMAT DALAM KELUARGA PENJEJAK IBAN SARAWAK


DEK kerana ada yang cuba untuk memutarbelit sejarah makanya berani bertindak membawa pulang abu Chin Peng ke Malaysia.  Tindakan kumpulan itu terus diselar dan amat dikesali oleh ramai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.  

Mungkin ramai sudah melupakan bahawa ketika kekejaman si Chin Peng dengan ideologi komunismenya itu ramai anak-anak Sarawak terutama sekali penjejak Iban dan Border Scouts di kalangan kaum Iban telah menyahut seruan untuk berkhidmat membantu Malaya samada sebelum ataupun sesudah Negara Malaysia ditubuhkan.  

Ramai antara mereka gugur di medan peperangan bertingkah senjata dengan para komunis pada waktu itu.  Dan ketika darurat yang pertama mana mungkin kita boleh melupakan ramai penjejak iban pusara mereka bertaburan di seluruh Malaya sehingga ada yang dikuburkan di tepi-tepi jalan dan sebagainya.  Sehingga kini difahamkan anggota keluarga penjejak Iban yang terkorban itu masih belum mendapat apa-apa daripada Kerajaan Malaysia atas jasa bakti mereka suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Kapit iaitu Datuk Alexander Nanta Linggi mengulas isu tersebut yang mana menurut beliau ianya langsung tidak menghormati keluarga-keluarga penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts.  Kumpulan itu beliau selar kerana sengaja mahu memperkotak-katikkan perjuangan anak Sarawak yang lepas seperti luka lama mungkin sudah sembuh tetapi parutnya masih ada dan akan berdarah kembali.  

Pautan berita penuh:  


Untuk rekod dan sumber informasi bagi mereka yang tidak mengetahui sejarah penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts, hanya pada tahun 2011 baharulah kesemua jasad yang sudah tiad,  para penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts ini dibawa pulang ke Sarawak dari seluruh Malaya.  Kesemua mereka terkorban ketika mempertahankan Malaya dan hanya selepas berpuluh tahun baharulah mereka “pulai menoa” namun tanpa nyawa hanya tinggal cebisan tanah dan tulang-tulang sahaja.

Abu Chin Peng itu bukan setakat abu semata-mata TETAPI ada rasa luka, rasa sakit yang terluah dek kata-kata bagi setiap keluarga dan generasi para penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts.  

RIP to our unsung heroes, Iban Trackers, Sarawak Border Scouts and Sarawak Rangers.

No comments:

Post a Comment