Monday, 16 December 2019

NAJIB ARAH SAYA BUNUH ALTANTUYA - AZILAH HADRI-


KES pembunuhan warga Mongolia iaitu Altantuya Sharibu masih lagi berlegar-legar biarpun sudah beberapa tahun berlalu.  Setakat ke hari ini hanya seorang iaitu Azilah Hadri yang merupakan seorang pegawai Unit Tindakan Khas sebelumnya sedang menunggu saat-saat akhir hukuman gantung di Penjara Kajang.  Manakala Sirul Azhar rakan sejawatnya masih lagi nun berada di luar negara yakni di Australia manakala Abdul Razak Baginda, seorang pengalisa politik pula tidak disabitkan kesalahan langsung.  

Hari ini buat pertama kalinya, Azilah Hadri yang lahir pada tanggal 28 Mac 1978 di Sarikei, Sarawak sedang membuat rayuan untuk hukuman gantungnya telah membuat kenyataan bertulis bahawa individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan untuk beliau membunuh dan seterusnya melupuskan mayat mendiang Altantuya adalah Datuk Seri Najib Razak sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.  

Pendedahan ini begitu menggemparkan kerana selama kes ini menjadi prosiding mahkamah ia langsung tidak diperkatakan.  

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:  


Jika kita ikuti perkembangan kes ini, sebelum ini Datuk Seri Najib Razak pernah mencabar Pakatan Harapan untuk membuat RCI mengenai kes ini dan setakat yang diketahui tiada tindakan sehinggalah SD dari Azilah Hadri dibuat pada hari ini bagi menidakkan hukuman gantung dikenakan ke atas beliau.  

Sama-samalah kita tunggu apa perkembangan seterusnya.  

No comments:

Post a Comment