BUKAN janji dicapati tetapi ini janji yang ditunaikan tatkala dimasa pembentangan Belanjawan 2020 Sarawak yang lepas, Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak mengwar-warkan bahawa setiap penyambungan elektrik untuk rumah kediaman bagi rakyat Sarawak di Sarawak akan diberikan PERCUMA BERKUATKUASA 1 JANUARI 2020.
Terma dan syaratnya adalah kos haruslah kurang daripada RM5,000 manakala untuk RM5,0001 hingga ke RM10,000 pula, 70% kosnya akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak manakala 30% lagi oleh pemilik sendiri. Dan ini termaktub untuk setiap rumah kediaman yang baru sahaja dibina samada di kawasan perumahan mahupun kawasan perkampungan.
Begitulah cara sekiranya mempunyai pemerintah yang sentiasa prihatin dan peka kepada kesusahan rakyat. Kos penyambungan elektrik untuk rumah baharu sentiasa menjadi sesuatu yang harus difikirkan tatkala ingin berpindah ke rumah yang baru. Tidak dibuat ianya adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Dengan adanya bantuan ini maka para pemilik rumah baru bolehlah menarik nafas lega.
Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak dan KM Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari.
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
No comments:
Post a Comment