TAHUN 2014 mungkin bukan satu tahun yang baik bagi dunia aero angkasa Malaysia kerana pada tahun itu kita menerima dua perkhabaran buruk hanya selang beberapa bulan sahaja. Pertamanya kehilangan penuh misteri pesawat MH370 pada tanggal 8 Mac 2014 dan kemudiannya kita menerima pula perkhabaran pesawat MH17, satu pesawat komersial yang ditembak jatuh akibat konflik sebuah negara di dunia.
Cerita pesawat malang MH17 mungkin kita semua sudah tahu sebab musababnya dan usaha untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah dunia sedang diusahakan. Namun untuk pesawat MH370, misterinya masih lagi cuba dirungkai sehinggalah puing-puing pesawat tersebut beberapa tahun ini ditemui di Madagascar.
Semalam, Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa satu pasukan dari DCA telahpun dihantar ke Madagascar untuk mengenalpasti penemuan baru yang mungkin puing-puing pesawat MH370. Adalah diharap akan ada titik noktah bagi mengungkap cerita MH370 kerana sudah terlalu lama menunggu untuk satu jawapan yang pasti.
No comments:
Post a Comment