MENURUT keterangan SPRM, penangkapan seorang bergelar “Datuk” berusia 61 tahun berasal dari Serian, Sarawak yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang menteri kabinet persekutuan ini adalah berikutan terdapat unsur-unsur penyelewengan wang peruntukan berjumlah hampir RM40 juta. Ianya adalah peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Sebelum penangkapan beliau, pada tanggal 13 September yang lalu telah ada empat individu yang turut dicekup atas perkaitan kes yang sama. Mereka adalah Ketua Ekskutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr. Kesemua mereka dipercayai telah bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut bagi pengendalian program-program latihan kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
Melalui penyiasatan awal juga mendapati bahawa kesemua individu ini telah melakukan penyelewangan dana tabung tersebut semenjak dari tahun 2016 lagi. Dengan sejumlah RM15 pada tahun 2016 manakala RM25 juta lagi untuk tahun 2017. Dikatakan juga mereka turut meluluskan 15 buah syarikat milik dari individu yang sama untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran dibawah PTPK.
No comments:
Post a Comment