Thursday 13 June 2019

HAZIQ AZIZ..NEY KITAK?


SELEPAS kemunculan video pertama hubungan intim songsang yang menggegar dunia politik Malaysia timbul pula video kedua yang dikatakan dimuatnaik di dalam media sosial kira-kira jam 3.30 petang semalam.  Menurut pengamatan beberapa pihak, video kedua ini lebih jelas akan susuk wajah dua individu yang sedang asyik berasmaradana di bilik hotel yang sama yakni bilik bernombor 2526, Hotel Fourpoint, Sandakan, Sabah.

Dalam pada itu, semalam juga menyaksikan Cabang PKR Santubong tampil membuat Live Fb menerusi sebuah laman fb “Sarawak Edition” yang menceritakan secara mengkhusus bahawasanya Haziq Aziz menerusi perbualan telefon dengan Ketua Cabang PKR Santubong MENAFIKAN bahawa beliau yang membuat pengakuan tersebut.  Cerita penafian ini turut dikongsi oleh sebuah laman berita tempatan Sarawak yakni Utusan Borneo.

Pautannya seperti berikut:


Mungkin sesuatu yang amat menghairankan mengapa dan kenapa Haziq Aziz tidak membuat penafiannya sendiri sehingga mengwakilkan oranglain untuk berbuat sedemikian.  Sedangkan pada hakikatnya beliau boleh sahaja membuat apa jua hantaran di dalam media sosial seperti bagaimana beliau membuat pengakuan melalui rakaman video sebelum ini.  

Episod video hubungan intim seterusnya menjadi semakin menarik apabila Perdana Menteri Malaysia yakni Tun Dr. Mahathir Mohammed sendiri tidak mempercayai bahawa YB Azmin Ali merupakan individu yang dikaitkan di dalam video tersebut.  Maklumbalas daripada kenyataan Tun Dr. Mahathir itu telah memaksa Haziq Aziz sekali lagi muncul di laman sosial dengan hantaran yang menyatakan bahawa aksi di Fourpoint itu bukanlah aksi yang pertama.  Sebaliknya telah lama berlaku yakni di Hotel Grand Continental, Kuching pada tahun 2016 sekitar jam 11.30 pagi.  Kemudian di Hotel Pullman, Kuching pada Oktober 2017 dan Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Mac 2019.  

Di laman sosial Haziq Aziz itu turut menyatakan bahawa beliau telah dipaksa untuk menafikan penglibatan Menteri tersebut di dalam video tersebut. Secara mengkhusus beliau mengatakan bahawa seseorang bernama “Hilman” telah dihantar untuk berjumpa dengan beliau di Restoran Zest, Marriot Putrajaya.  Berdasarkan hantaran tersebut seperti ada nada kekecewaan yang diluahkan oleh Haziq Aziz yakni beliau menyatakan bahawa hanya Azmin yang berupaya untuk membuat rakaman video tersebut di hotel.  Dan beliau bimbang akan banyak lagi video yang akan ditularkan.  

Pautannya adalah seperti berikut:

https://www.facebook.com/haziqabdullahbinabdulaziz/posts/140181107092660


Dan sesungguhnya apa yang dibimbangi oleh Haziq Aziz bahawa kerjaya beliau di dalam sektor penjawat awam dan politik sudahpun berakhir sememangnya benar tatkala Menteri Industri Utama tempat dimana beliau menjadi Setiausaha Sulit Kanan telahpun mengeluarkan kenyataan untuk menggantung tugas beliau dan diminta untuk menunjuk surat tunjuk sebab di dalam masa tiga hari bermula hari ini.  Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Industri Utama itu, mereka tiada kompromi ke atas apa jua agenda politik kotor yang cuba dibawa oleh Haziq Aziz.  

Kelibat Haziq Aziz yang hanya kita saksikan tatkala beliau membuat hantaran di media sosial beberapa hari ini akhirnya menjadi nyata apabila dikatakan pada hari ini beliau tampil di Balai Polis Kelana Jaya membuat laporan polis.  Didalam laporan polis itu, beliau secara spesifik menyatakan laporan polis itu dibuat kerana beliau bimbang akan keselamatannya.  

Pautannya adalah seperti berikut:


Mungkin kadang-kadang kita tersilap langkah di dalam membuat pencaturan lebih-lebih lagi di dalam dunia politik sememangnya ramai pentaksub sehingga mahu membuat apa sahaja.  Dalam pada itu mungkin ada baiknya Haziq Aziz menampilkan dirinya di dunia nyata daripada bersembunyi ataupun kita minta beliau pulang ke kampung halaman di Sarawak berhimpun bersama keluarga yang sudah tentu kenal beliau luar dan dalam.  Kita sentiasa percayakan undang-undang itu ada dan kepada undang-undang itulah kita bersandarkan harapan selain memohon doa kepada Allah yang maha esa.  Haziq Aziz.. ney kitak?

No comments:

Post a Comment