BARU sahaja menjejak kaki ke Sarawak Bumi Kenyalang terus sahaja menabur fitnah, itulah yang berlaku ke atas seorang Menteri persekutuan yang tanpa segan silu cuba memberikan persepsi negatif ke atas setiap langkah perbelanjaan Kerajaan Sarawak yang menggunakan dana sendiri sejak Pakatan Harapan mengambilalih Kerajaan Pusat setahun yang lalu. Dengan alasan Persekutuan yang konon-kononnya Malaysia akan bankrap setelah dibebani dengan hutang tinggalan kerajaan pemerintah yang sebelumnya maka banyak perbelanjaan dipotong dan ini termasuklah Sarawak itu sendiri.
Demi survival dan juga untuk memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak, GPS sebagai parti yang memerintah Sarawak mahu tidak mahu haruslah menggunakan dananya sendiri untuk meneruskan pembangunan yang dirancang. Dan berkat perbelanjaan berhemah selama hari ini, Sarawak mempunyai rizab RM31 Bilion yang mana menyaksikan untuk belanjawan 2019, GPS memperuntukkan RM11 bilion untuk Sarawak.
Betapa bengapnya seorang yang berstatus Menteri Kewangan yang hanya pandai memanipulasi angka RM11 bilion sahaja sedangkan rakyat Sarawak mengetahui bahawa di dalam setiap perbelanjaan itu, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari, Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan penjelmaan cukai 5% produk petroleum itu berkuatkuasa pada 2019 akan menjana hasil pendapatan Sarawak sebanyak RM3.9 bilion. Cukai 5% itu adalah hanya permulaan sahaja dan sekiranya perlu ianya akan dinaikkan dari masa ke semasa.
Pautan:
Dalam pada itu jangan sesekali kita lupa tatkala Sarawak menjelmakan cukai 5% produk petroleum, menteri pertama yang terlopong umpama ayam berak kapur adalah Lim Guan Eng sendiri yang mendakwa bahawa cukai 5% petroleum itu adalah tidak wajar. Namun begitu berkat ketegasan Ketua Menteri Sarawak yang “mengajar” Menteri Kewayangan bahawa apa yang dilakukan oleh Sarawak adalah seiringan dengan Jadual 10 Perkara V(7) Perlembagaan Persekutuan, levi cukai jualan ke atas produk petroleum sebanyak 5% adalah hak Sarawak maka Lim Guan Eng terus diam seribu bahasa.
Pautan:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/04/sarawak-tetap-laksana-cukai-jualan-produk-petroleum
Dan apakah lagi yang hendak dipusing oleh Ahli Parlimen Bagan ini bilamana dengan angkuhnya anak didiknya iaitu Ahli Parlimen Stampin yang juga Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen yang berkobar-kobar di dalam manifesto PH kononnya akan memberikan 50% hasil kutipan cukai kepada Sarawak tanpa syarat dan begitulah juga royalti minyak 20% konon.
Namun setelah berkuasa apakah yang mereka lakukan? Seperti kata pepatah lama umpama menanam tebu di tepi bibir sahaja kerana akhirnya 50% cukai kutipan tersebut melayang ditiup debu dan royalti minyak 20% hendak digantikan dengan 20% keuntungan bersih.
Pautan janji dicapati DAP Sarawak adalah seperti rakaman video ini:
Sudah-sudahlah membuat cerita wahai Lim Guan Eng, mungkin apa yang berlaku pada PRU ke-14 boleh anda dodoikan dengan kenyataan fitnah semata-mata, skrip yang sama iaitu Malaysia itu akan bangkrap sehingga ramai yang memangkah kerajaan PH namun rasanya rakyat Sarawak masih lagi bijak untuk menjadikan apa yang berlaku sekarang sebagai tanda aras menentukan halatuju Sarawak itu sendiri pada kemudian hari.
Ingin bertanya kepada Lim Guan Eng apakah ada perkembangan yang positif ke atas ekonomi Malaysia sekarang dibawah seorang Menteri Kewangan yang sering tersilap angka perpuluhan. Didodoikan bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang tetapi Malaysia juga mempunyai adalah satu-satunya “sore loser” 2019 di dalam pasaran saham sejak PH memerintah Kerajaan Pusat.
Pautan adalah seperti berikut:
Pautan adalah seperti berikut:
Akhir kata wahai Lim Guan Eng, baik jaga dahulu keadaan meruncing yang berlaku ke atas ekonomi Malaysia sebelum cuba untuk menjadi “juara fitnah” atas permainan persepsi dan mempengaruhi rakyat Sarawak. Dengan banyaknya kecelaruan yang berlaku lebih-lebih lagi satu gabungan kerajaan yang penuh dengan skandal di dalam ahli gabungan sebenarnya membuka mata rakyat Sarawak yang matang berpolitik untuk memilih siapa sebenarnya yang memperjuangkan rakyat Sarawak kalau tidak parti tempatan Sarawak sendiri.
Abang Jo coba kita naikkan 20% terus cukei petroleum ya, eboh bait gilak bah!!
Lebih mulut kawu, Lim Guan Eng! Cabik kelak!
No comments:
Post a Comment