SEMAKIN rancak episod video tular yang melibatkan individu bernama Haziq Aziz yang mengaku beliaulah salah seorang daripada “pemain” di dalam video tersebut dan dirinya sudahpun dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam setelah ditangkap di KLIA ketika ingin menaiki penerbangan ke Manila dua hari yang lepas.
Dan di ketika panas dengan isu video tersebut dua hari lepas, individu yang didakwa mirip wajahnya di dalam video tersebut yakni seorang menteri kanan persekutuan telah disoal oleh pihak wartawan sejauhmana beliau mengenali Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua AMK Cabang Santubong. Lantas dijawab oleh Menteri Kanan tersebut bahawa dirinya hanya mengenali Haziq dari jauh kerana beliau adalah seorang anggota parti.
Pautan adalah seperti:
Dalam pada itu, semalam tular di media-media sosial Malaysia mengenai satu hantaran twitter milik Azmin Ali yang bertarikh 12 Jun 2014. Ianya dikongsi di dalam laman-laman mukabuku pengikut kes video viral ini. Di dalam hantaran twitter itu jelas menunjukkan bahawasanya apa yang dinyatakan oleh Azmin Ali dua hari yang lepas “bercanggah” sama sekali.
Pautan twitter adalah seperti berikut:
Bertitiktolak daripada twitter yang tular itu difahamkan ramai warganet sudah mula mempersoalkan keikhlasan Azmin Ali. Ini memandangkan jika dilihat kepada hantaran twitter sudah terbukti beliau begitu mesra dan amat mengenali rapat Haziq Abdullah.
Jadi, kita nantikan episod seterusnya memandangkan kes video tular ini masih lagi di dalam siasatan polis. Manakala tiada sesiapa boleh menidakkan betapa warganet Malaysia akan terus menggali dan menggodek fakta bukan auta seperti “team CSI” selagi kes ini belum ternoktah. Yang pasti kita tidak mahu ada yang menipu di siang hari.
No comments:
Post a Comment