DUNIA netizen Malaysia dikejutkan dengan satu video hubungan intim songsang yang dikatakan dilakukan oleh seorang individu lelaki dengan seorang Menteri Kanan Kabinet PH sekarang. Dan ianya lagi menarik apabila individu lelaki itu yang bernama Haziq Aziz telahpun membuat satu sidang video yang mengaku bahawa dirinya merupakan pasangan Menteri Kanan tersebut. Pengakuan beliau telah turut mendapat perhatian setiap media prima dan blog-blog di Malaysia.
Kemudian tidak semena-mena timbul pula satu hantaran yang dimuatnaik oleh Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Haziq Aziz adalah ahli Parti Pesaka Bumiputra (PBB) dan turut tular di media sosial gambar-gambar yang menunjukkan Haziq sebagai “Team Nancy” ketika PRU Ke-14 yang lalu. Selain itu ada seseorang bernama WIWC Wan Imran Wan Chik yang mengatakan dengan mengkhusus bahawasanya Haziq Aziz adalah seorang pembantu kepada Menteri zaman BN memerintah iaitu Dato Seri Hajjah Nancy Syukri.
Untuk makluman semua kedua-dua hantaran baik daripada Rafizi Ramli dan WIWC adalah satu kenyataan fitnah sama sekali bagi menghubungkaitkan individu bernama Haziq Aziz dengan PBB. Ini kerana realitinya Haziq Aziz BUKANLAH AHLI PBB dan tidak pernah namanya didapati di dalam senarai ahli PBB Sarawak.
Selain itu WIWC pula yang menyatakan bahawa Haziq Aziz adalah Pembantu kepada DS Nancy Syukri pada masa itu juga adalah satu fitnah kerana hakikatnya Haziq pada masa itu adalah pegawai intern (Perdana Fellow Intern) dari KBS yang dititipkan kepada beliau. Ini merupakan salah satu prosedur biasa memandangkan Menteri KBS sekarang yakni Yang Berhormat Syed Sadiq juga pernah menjadi pegawai Intern dibawah pengawasan DS Nancy Syukri sewaktu berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.
Persoalannya sekarang mengapa harus membabitkan PBB dan juga cubaan untuk mengaibkan Ahli Parlimen Sarawak iaitu DS Nancy Syukri di dalam permasalahan dalaman Parti Keadilan Rakyat. Yang nyata sekali Haziq Aziz adalah seorang ahli PKR yang berdaftar semenjak tahun 2013 lagi malahan sudahpun diangkat menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong sejak pemilihan PKR yang lepas. Dan dek kerana beliau merupakan anak muda dari PKR maka telah diangkat menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Industri Utama di Putrajaya. Bukanlah calang-calang jawatan yang diberikan dan sudah tentu banyak prosedur yang perlu dilalui bagi mendapat jawatan sedemikian.
Usahlah Rafizi dan rakan seangkatannya cuba membaling batu dan sembunyi tangan dengan cuba menjadikan PBB dan Ahli Pahlimen Sarawak dikambinghitamkan. Sudah terang lagi bersuluh, apa sahaja yang terjadi ini adalah permasalahan dalaman Parti Keadilan Rakyat sendiri. Cukup-cukuplah membuat fitnah dan selesaikan hal “keluarga” PKR tanpa “blaming” oranglain.
Sudah menjadi pemerintah sekarang tetapi perangai masih seperti pembangkang. Tidak semua rakyat Sarawak boleh diperbodoh-bodohkan sebegitu sahaja. Berani kerana benar!
No comments:
Post a Comment