Sunday, 24 February 2019

PEMBINAAN JAMBATAN BUNTAL DAN AKSES JALAN BAKO/BUNTAL


JIKA diikutkan dua perkampungan ini merupakan perkampungan pesisir Kuching yang kaya dengan nilai sejarah dan tradisi turun temurun masyarakatnya.  Bako misalnya sememang dari dahulu lagi sudah terkenal dengan ikan-ikan segar serta taman negara Bako yang merupakan taman negara pertama diwartakan di Sarawak.  Buntal pula yang bersebelahan dengan Santubong sudah lama terkenal dengan restoren makanan laut yang segar serta pekerjaan nelayan bagi warganya.  Jika dirangkumkan menjadi satu, Bako dan Buntal umpama kembar siam yang terpisah oleh muara sungai dan lautan sahaja.  

Dan tatkala perasmian satu jambatan yang dinamakan Jambatan Bako hari ini 24 Februari 2019, mungkin kembar yang terpisah lama sudah boleh menampakkan sirna kerana Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM85 juta sebagai kos untuk membina Jambatan Buntal dan jalan akses sepanjang 8.5 kilometer dari Kampung Bako hingga ke Buntal.  Satu berita yang sudah tentu akan menggembirakan warga Bako dan Buntal serta kawasan sekitarnya.  

Hakikatnya, sudah lama kita ingin melihat pembangunan seperti ini agar segala jalinan jalanraya dan infrastruktur jambatan misalnya akan menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi bagi perkampungan tradisi di luar pesisir Kuching.  

Sama-samalah kita tunggu perlaksanaannya kelak.  

#SarawakFirst 

No comments:

Post a Comment