SATU laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Gita, Kuching hari ini oleh sebuah NGO GAB30 ke atas seorang pemilik laman mukabuku bernama “Ayea Yea”. Laporan polis ini dibuat kerana “Ayea Yea” didapati telah memuatnaik komentar yang menghina Nabi Muhammad dengan panggilan “Babi Muhammad bodoh” dan “Apa untungnya kamu orang ikut babi muhammad yang bodoh tkda apa2 itu..mmag tak fham saya”.
Pihak NGO GAB30 berpendapat adalah tidak wajar untuk menghina seorang Nabi sebegitu rupa dan sekaligus ianya juga tidak langsung melambangkan etika masyarakat Sarawak yang sentiasa hidup harmoni dan menghormati pegangan agama masing-masing sejak dahulu lagi.
Berhati-hatilah ketika melayari laman sosial. Walaupun kita mempunyai kebebasan media namun jangan sesekali kita memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan agama orang lain. Tiada kompromi di dalam hal seperti ini waima di dalam laman media sosial sekalipun.
Kerana otak tidak berhubung dengan jari-jemari maka ke lokaplah nanti.
No comments:
Post a Comment