Saturday 23 February 2019

SUSPEK KES PENIPUAN 47 RAKYAT MALAYSIA DI CAMBODIA TELAH DITANGKAP


MISI membawa pulang 47 orang rakyat Malaysia yang ditahan tanpa bicara di Penjara Cambodia telah berjaya dilakukan dan kesemua kita bersyukur atas kejayaan ini.  Dalam pada itu, rakyat juga seia sekata meminta agar dalang kepada kes penipuan pekerjaan ini agar segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.  
Dan semalam menyaksikan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak memaklumkan bahawa seorang suspek sudahpun ditangkap dan bagi membantu siasatan, beliau sudahpun dikenakan tahanan reman sehingga 28 Februari ini.  Adalah dimaklumkan bahawa PDRM juga mempercayai aktiviti suspek bukanlah berseorangan sebaliknya mempunyai ramai kuncu-kuncunya di kalangan masyarakat tempatan Sarawak sendiri. Informasi daripada suspek utama itu akan menjadi pemangkin untuk memburu rakan-rakannya yang lain.  
Sejak kepulangan 47 rakyat Malaysia sehingga artikel ini ditulis sudah lebih daripada 23 laporan polis dibuat oleh mereka di seluruh negara. Kes penipuan pekerjaan ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan.  

No comments:

Post a Comment