KATA bidalan lama ada menyebut, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Begitulah sinonimnya kata bidalan lama ini dengan beberapa projek infrastruktur yang sudahpun siap di Sarawak sekarang. Beberapa minggu yang lepas Jajaran Telok Melano telah meninggalkan bekas yang amat dalam bagi rakyat Sarawak kerana ianya siap sepenuhnya tatkala yang memberi aspirasi untuk pembinaannya sudahpun tiada lagi iaitu tidak lain tidak bukan seorang pemimpin yang paling dekat di hati rakyat Sarawak, Allahyarham Toknan.
Dan untuk kesekian kali, esok iaitu 24 Februari 2019 satu lagi mercu tanda di bumi Sarawak dirasmikan dengan gilang gemilang yakni Jambatan Bako. Satu projek infrastruktur luar pesisir yang sememangnya dinantikan oleh rakyat di Kampung Bako khususnya. Manakan tidak berabad lamanya satu perkampungan tradisi Melayu ini yang rata-rata dahulunya adalah terdiri daripada para nelayan hanya dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan perahu menyeberangi sungai Bako untuk ke Kuching. Namun itu cerita suatu waktu dahulu dan sekarang tiada yang lebih melegakan bagi warga Bako kerana dengan siapnya jambatan 460 meter dan ditambahlagi dengan akses jalan sepanjang tiga kilometer maka segala kepayahan selama ini telah berjaya menyenangkan warganya untuk langsung ke Kuching dengan kenderaan mereka tanpa menunggu perahu datang ke jeti.
Mengimbau cerita pada tanggal 8hb Ogos 2015 yang mana ketika itu perletakan batu asas Jambatan Bako telah dilakukan sendiri oleh Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan bin Satem sekaligus mengiakan bahawa projek infrastruktur ini akan menjadi kenyataan suatu hari kelak. Memulakan pembinaannya pada awal Mac 2016 dan siap sepenuhnya pada tanggal 12 Oktober 2018 dengan kos RM41.29 juta iaitu jauh lebih rendah daripada kos asalnya diwar-warkan sebelum itu iaitu RM53 juta menyaksikan kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak merealisasikan kehendak rakyat.
Bagaimana istimewanya Jajaran Telok Melano maka begitulah juga istimewanya Jambatan Bako bagi kita semua. Bukti nyata kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari yang meneruskan apa jua perjuangan mantan pemimpin terulung Sarawak iaitu Allahyarham Pehin Seri Tok Nan yang mendahulukan rakyat Sarawak di dalam perjuangannya.
Kata-kata ucapan sewaktu perletakan batu asas Jambatan Bako masih segar di minda iaitu..
”Pembinaan Jambatan Sg Bako tok di arap akan jadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan sekitar. Mudah juak kelak urang Bako mok kuang kuit ke Kuching & tempat-tempat lain. Banyak agik kawasan di seluruh Sarawak tok akan di bangun. Kesabaran dan sokongan dari adik kakak kita seluruh Sarawak amat dihargai. OooHaa”. - PS Allahyarham Tok Nan, 8.8.2015
”Pembinaan Jambatan Sg Bako tok di arap akan jadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan sekitar. Mudah juak kelak urang Bako mok kuang kuit ke Kuching & tempat-tempat lain. Banyak agik kawasan di seluruh Sarawak tok akan di bangun. Kesabaran dan sokongan dari adik kakak kita seluruh Sarawak amat dihargai. OooHaa”. - PS Allahyarham Tok Nan, 8.8.2015
Terima kasih Tok Nan atas segalanya.
Terima kasih Abg Jo kerana meneruskan perjuangan Tok Nan demi kelangsungan rakyat di luar bandar.
“Jaga Sarawak menar-menar”
#SarawakFirst
No comments:
Post a Comment