Sunday 4 August 2019

ABG JO LEBIH DAHULU MAKAN GARAM POLITIK DARIPADA KAMU, DESMOND KHO! -DATO IDRIS BUANG-


TINDAKAN Desmond Kho yang mengkritik KM Abang Johari yang takut mahu mengadakan pilihanraya majlis berkuasa tempatan diselar oleh Ketua Penerangan PBB Sarawak iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang.  Menurut beliau sebelum Kho berhak untuk mengkritik kepimpinan dan keputusan DP Abang Jo sepatutnya beliau mengkritik dahulu kepimpinan PH yang sudah hampir setahun lebih memerintah tetapi masih gagal menunaikan janji manifesto mereka.  Malah banyak kenyataan PH sendiri yang sentiasa membuat pusingan U menunjukkan kegagalan mereka sebagai sebuah kerajaan yang memerintah.  

Dato Idris juga berkata bahawa apa yang KM Abang Jo lakukan adalah agar GPS berkhidmat untuk rakyat dengan terus menabur bakti demi kesejahteraan rakyat Sarawak dan bukannya berpenat lelah dengan isu-isu pilihanraya lagi.  Cukup-cukuplah berpolitik dengan rakyat Sarawak terpaksa menghadapi dua pilihanraya iaitu Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Negeri dan kemudian hendak menambahlagi dengan pilihanraya kerajaan tempatan.  Lebih baik masa dan kewangan yang ada digunakan untuk berkhidmat dan mengatur pembangunan seperti yang rakyat Sarawak mahukan.   

Politik matang KM Abang Jo yang mempertahankan autonomi Sarawak melalui majlis berkuasa tempatan adalah mengikut apa yang dijanjikan kepada rakyat Sarawak dan bukannya seperti PH Sarawak yang mengikut telunjuk sahaja tanpa mempertahankan hak rakyat Sarawak daripada ditelan oleh Persekutuan.  Desmond Kho diminta untuk cermin dahulu diri sendiri sebelum mula mengkritik kerana yang dikritik lebih dahulu makan garam politik daripada dirinya.  


Pautan berita penuh:


-RP-

#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment