Monday 12 August 2019

TUN M AMBILALIH KENDALI PERBINCANGAN HAK GAS DAN MINYAK SARAWAK/SABAH


RAMAI yang tertanya-tanya tentang status terkini mesyuarat hak autonomi antara Putrajaya dan Sabah Sarawak. Dan tatkala hal ini dibincangkan di media sosial ramai yang masih tidak teraba-raba di dalam terang bahawasanya mesyuarat itu tidak akan membawa ke mana-mana melainkan hanyalah gimik politik semata-mata.
Hakikatnya mesyuarat demi mesyuarat sudahpun dijalankan antara Putrajaya dan kerajaan Sabah dan Sarawak melalui jawatankuasa yang telah dibentuk malah keseriusan itu ada apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir bersama-sama kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu berbicara soal hak yang dituntut di dalam industri minyak dan gas yang mana sebelum ini menyaksikan Menteri Ekonomi yakni YB Azmin Ali yang mengendalikannya telahpun bertukar tangan apabila Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir membuat pengumuman akan mengendalikan perbincangan terus bersama Ketua Menteri Sarawak, DP Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, TS Shafie Afdal.
Pautan berita penuh:
Kesabaran kita semua adalah dituntut untuk menanti hasil yang diharapkan. Hal seperti ini bukanlah mudah dan sentiasa ada ruang perbincangan untuk kita mencapai apa yang kita mahukan.

No comments:

Post a Comment