Thursday 15 August 2019

MENGAPA "DOUBLE STANDARD" DALAM PENCARIAN 2 TENTERA YANG HILANG? -DSWJ-


SUDAH hampir sebulan kes kehilangan dua anggota tentera anak Sarawak iaitu Koperal David Edmund Rapi dari Dalat, Mukah dan Lans Koperal Moses Logers dari Senibung, Lundu.  Satu kehilangan yang penuh misteri sejak kedua-duanya menyertai operasi di Pulau Perak, Kedah.  Kita sebagai rakyat Sarawak telahan kedua-dua keluarga anggota tentera yang terlibat masih lagi menunggu dengan penuh sabar akan berita mengenai kedua-duanya.  

Hari ini, Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yakni Ahli Parlimen Santubong turut memberikan penyataannya akan hal ini yang mana menurut beliau usaha untuk mencari dua anggota tentera anak Sarawak itu mendapat layanan kelas kedua jika dibandingkan dengan kes pencarian seorang warga Perancis yang hilang baru-baru ini.  Menurut beliau hampir 350 anggota penyelamat dikerahkan untuk mencari seorang pelancong jika dibandingkan dengan dua orang anggota tentera itu.  

Bukan untuk mempolitikkan isu ini sebaliknya menurut WJ, pihak kerajaan harus bertindak adil di dalam mana-mana kes kehilangan bukannya hanya membiarkan ia sebegitu sahaja. Walaupun kedua-dua anggota tentera tersebut bukannya daripada keluarga yang kaya raya sehingga mampu menawarkan 10,000 ribu pound sterling untuk sesiapa yang menjumpai mereka.   

Pautan berita penuh:


Untuk rekod berdasarkan kepada berita daripada MINDEF, mereka telahpun menamatkan operasi pencarian setelah mengambil kira laporan daripada Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagai agensi peneraju atas kesahihan jelas bahawa tiada sebarang petunjuk dan tiada penemuan sebarang jasad selepas 72 jam operasi dilaksanakan.

Pautan berita penuh seperti berikut:  


Kehilangan kedua-dua anggota tentera anak Sarawak ini wajar diberikan perhatian kita semua dan tidak boleh kita senyapkan.  Pihak Kementerian Pertahanan harus memberi penerangan kepada umum apakah yang berlaku sekarang terutama sekali kepada kedua keluarga yang terlibat.  Setiap satu nyawa rakyat Malaysia itu berharga lebih-lebih lagi dua anggota tentera yang sedang berkhidmat menjaga keamanan negara.  

No comments:

Post a Comment