Wednesday 28 August 2019

BAH..APALAH PERANAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KAU, CHONG? -ADUN TUPONG-


KEBIASAANNYA kita mengharapkan wakil dari Sarawak dalam kabinet atau kementerian-kementerian di peringkat persekutuan untuk memastikan pembangunan yang lebih diberikan untuk Negeri kita. Pembangunan yang sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan termaktub dalam perlembagaan, seperti contoh; Pendidikan.

Sejak PH mengambil alih, banyak projek-projek yang diperlukan oleh rakyat Sarawak, yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dibatalkan. YAB KM kita telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek-projek tersebut menggunakan Dana Kerajaan Negeri walaupun ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan Chong seolah-olah mengambil kesempatan ke atas komitmen YAB KM kita. Beliau tidak sedikit pun memperjuangkan dana atau projek, yang sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, untuk dilaksanakan di Sarawak malahan menyokong agar Kerajaan Negeri mengguna dana sendiri untuk melaksana projek-projek tersebut. Bah.. apa lah peranan Kerajaan Persekutuan dan kau Chong?

Beliau lupa bahawa Sarawak diugut oleh bos nya agar membayar hutang dahulu kepada Kerajaan Persekutuan sebelum mereka laksanakan projek baikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak. Beliau lupa bahawa bos beliau telah membuat kenyataan selaku Menteri Kewangan bahawa Sarawak akan bankrap dalam masa 3 tahun dan sudah tentu besar akibatnya kepada Sarawak.

Jadi sebelum hendak menegur YAB KM Sarawak, tegurlah bos kau dolok. Ada berani?

Nampaknya suara Chong yang sepatutnya memperjuangkan hak Sarawak semakin lemah dipadam oleh Pimpinan partinya di Semenanjung.

Pautan:

No comments:

Post a Comment