Thursday 22 August 2019

RANKING KE-4 ASIA TENGGARA TAPI TIDAK TERPILIH KE SUKAN SEA FILIPINA 2019?



JIKA diikutkan selayaknya pemilihan olahragawan yang mewakili Malaysia seharusnya mereka yang sudah terbukti mencatatkan keputusan yang terbaik.  Namun agak berlainan bagi seorang atlet kelahiran Sarawak iaitu Jonathan Nyepa yang baharu sahaja pulang ke tanahair menjalani latihan di Amerika Syarikat.  Semangatnya yang berkobar-kobar untuk mewakili Malaysia ke kejohanan berprestij iaitu Sukan Sea Filipina 2019 DITIDAKKAN di dalam satu acara kegemarannya tanpa ada sebarang alasan.  

Jonathan Nyepa yang memegang rekod 20.92 saat bagi larian 200 meter lantas beliau dinobatkan sebagai pelari keempat terbaik di Asia Tenggara buat masa ini bersamaan dengan kejayaan yang pernah dilakar oleh Tan Sri Dr. M  Jegathesan.  Walaupun begitu nampak gayanya catatan ini tidak mampu menempatkan beliau untuk tersenarai di dalam Kategori B acara 200 meter pada November depan.

Keputusan pihak Kesatuan Olahraga Malaysia membuatkan Jonathan Nyepa bingung apakah yang mereka mahukan sebenarnya.  Walau bagaimanapun, Jonathan akan tetap memberikan saingan di kancah Sukan SEA kelak kerana tersenarai di dalam acara 100 meter dengan berbekalkan catatan 10.37 saat.  


Pautan berita penuh:


Semoga pihak yang terlibat tampil memberikan penerangan kepada atlit sukan olahraga kelahiran Sarawak ini tanpa ada sebarang “favourable” berlaku.  

No comments:

Post a Comment