Thursday 1 August 2019

SOKONG PM TM, GPS HADIR ATAS JEMPUTAN -KM ABG JO-


ANTARA isu yang sehingga sekarang belum ternoktah sejak PH menjadi pemerintah adalah siapakah PM ke-8 kerana dikatakan Tun M sebagai PM ke-7 sekarang telah berjanji untuk menyerahkannya kepada DSAI.  Namun episod bakal pm ini terus-terusan umpama sorong papan tarik papan kerana ada ura-ura menyatakan Tun M masih lagi belum mengumumkan kesediaannya menyerahkan jawatan no 1 Malaysia itu.  

Selasa lalu difahamkan ada sekumpulan ahli-ahli pembangkang Malaysia telah mendatangi Tun M di Putrajaya berkenaan dengan isu tersebut.  Dikatakan bahawa blok pembangkang ini adalah dari PAS, UMNO dan GPS yang didakwa menyokong Tun M untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga habis penggal.  Ianya disahkan oleh Tun M yang berkata itu adalah perjumpaan rahsia dan tidak harus diberikan maklumat-maklumat perjumpaan itu.

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/591290/mereka-nak-jumpa-saya-saya-jumpalah

Di pihak GPS pula melalui Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak dan ADUN Satok iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari ketika ditanya oleh wartawan mengesahkan bahawa sememangnya ada ahli yang berhormat dari GPS bertandang ke Putrajaya menemui Tun M dan kehadiran mereka adalah atas jemputan.  Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak tahu apakah yang dibincangkan di dalam pertemuan tersebut.

Pautan berita seperti berikut:


Nampak gayanya semakin menarik perebutan kuasa jawatan Perdana Menteri Malaysia ini yang boleh diumpamakan kudrat Tun M masih lagi dituntut oleh ramai pihak termasuklah kumpulan pembangkang seperti Abdul Hadi Awang yang telah memberikan sokongan secara terbuka untuk beliau memegang jawatan itu sehingga tamat penggal.  

Dengan banyak cerita di pihak Parti Keadilan Rakyat pula yang telah terbahagi kepada dua kem menyaksikan DSAI masih belum mempunyai sokongan padu daripada parti sendiri untuk menjadi PM ke-8.  Sama-sama kita tunggu adakah DSAI akan terus menjadi bakal pm paling lama di dalam sejarah atau Tun M seperti yang diketahui itu hanya janji yang boleh sahaja dimungkiri seperti manifesto PH yang bukan satu kitab suci untuk ditunaikan.

No comments:

Post a Comment