Monday 26 August 2019

STATUS TERKINI PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN MARUDI


BERABAD menanti akan ada satu jambatan yang menghubungkan pekan Marudi dan Miri dan tatkala ianya diumumkan memberi perkhabaran gembira buat hampir 30,000 rakyatnya.  Namun projek jambatan sepanjang 650 meter menyeberangi Sungai Batang Baram dengan memiliki dua lorong ini agak lambat kerja-kerja pembinaannya sehingga meresahkan penduduk.

Pautan berita adalah seperti berikut:


Ada perkhabaran gembira buat semua apabila Penyelia Projek iaitu Tiong Hock Yik menyatakan bahawa kerja-kerja penanam cerucuk akan bermula pada 15 September ini manakala kerja-kerja tapak tanah sudahpun bermula tanpa masalah.  

Pautan berita penuh:
https://www.theborneopost.com/2019/08/27/marudi-bridge-project-progressing-well-project-coordinator/

Jika diikutkan pada perancangan awal, projek pembinaan jambatan bernilai RM75 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini harus bermula pada Januari 2019 dan tempoh siapnya adalah Januari 2022.  

No comments:

Post a Comment