Monday 12 August 2019

SARAWAK AKAN TUBUH SEKOLAH KHAS AUTISME DAN KURANG UPAYA SENDIRI


PENDIDIKAN untuk anak-anak kurang upaya seperti autisme seringkali menjadi perbualan masyarakat masakini.  Dan bertindak daripada itu sebagai satu kerajaan yang prihatin akan untung nasib golongan ini makanya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari merangka untuk menubuhkan sekolah khas sendiri bagi anak-anak Sarawak.  

Menurut beliau bagi merealisasikannya Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak iaitu Dato Sri Fatimah Abdullah sudahpun dihantar ke Negara Australia bagi mengenalpasti modul dan kepakaran yang diperlukan untuk tujuan tersebut.  Selain itu, besar kemungkinan Sarawak turut akan menghantar guru-guru ke Australia bagi memperdalamkan lagi kepakaran mereka di dalam proses pembelajaran di sekolah khas itu kelak.  

Satu lagi inisiatif Kerajaan Sarawak yang wajar kita sokong kerana hakikatnya di dalam kita mengejar kemajuan dan pembangunan yang pesat, golongan anak autisme dan kurang upaya janganlah dilupakan keberadaan mereka.  Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan untung nasib mereka terbela dan tidak ketinggalan di dalam segenap segi terutama sekali menerima pendidikan yang terbaik.

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment