Friday 2 August 2019

RESPON DARI MP BATANG SADONG



RESPON TERHADAP KENYATAAN YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG, KETUA MENTERI SARAWAK MENGENAI GPS AKAN BERPERANG HABIS-HABISAN.

Sebagai anak Sarawak kita harus mempertahankan tanah tumpah darah kita demi masa depan anak Sarawak. Kita sedar menteri-menteri Kerajaan pusat, termasuk menteri dan Timbalan menteri berasal dari Sarawak bersepakat hendak mengambil tampok kepimpinan negeri.

Beberapa kenyataan telah dibuat oleh menteri Kerajaan Pusat telah melangkaui undang-undang dan perlembagaan persekutuan sehingga mahu kerajaan tempatan diselaraskan seperti di Malaya dan tanah untuk membina kemudahan di bawah agensi kerajaan pusat hendaklah mengikut telunjuk mereka. Kita sudah saksikan bagaimana autonomi imigresen kita dipersoalkan oleh Ahli Parlimen bertaraf Menteri Besar di Malaya.

Bagaimana Timbalan Menteri asal Sarawak menjanjikan pelbagai macam apabila menang tetapi habuk pun tak ada. Malah, bersongkol dengan Malaya untuk meminda RUU Perlembagaan Persekutuan Art1(2) tanpa konsultasi dengan Sarawak.

Ini hanyalah beberapa contoh sahaja sudah cukup menunjukkan apabila berada dalam kerajaan sudah tutup mulut dengan 'Double-sided tape'. Sebab itu sebagai anak Sarawak, saya akan berhabis-habisan mempertahankan kerajaan Sarawak.

Kita tidak mahu Pilihanraya negeri diambil oleh mereka kerana hasutan dan fitnah. Tengok apa berlaku sekarang setelah PRU ke-14. Bermacam-macam fitnah ditimbulkan terhadap kami dahulu dan sekarang digunakan di negeri.

Kita hanya ada peluang ini untuk mempertahankan Sarawak daripada kerakusan mereka yang membuat pertuduhan kepada pemimpin kita hanya untuk mengambil kuasa politik dari anak jati Sarawak.

Kami GPS tidak akan membiarkan ini berlaku. Selagi kami hidup, selagi itu kami berjuang. Agik idup agik ngelaban.

AHLI PARLIMEN P. 200 BATANG SADONG
DATO' SRI HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI 
2 OGOS 2019

No comments:

Post a Comment