Monday 26 August 2019

KUTAI KERTANEGARA DAN PENAJAM PASER UTARA, IBUKOTA INDONESIA YANG BAHARU


TIADA lagi berteka-teki, akhirnya berita yang kita tunggu-tunggu sudah diwar-warkan bahawasanya ibukota Republik Indonesia yang baharu adalah sebahagian Kutai Kertanegara dan Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur di Pulau Borneo.  Satu ibukota yang sememangnya akan menjadi tumpuan semua bagi merancakkan lagi ekonomi Indonesia serta Pulau Borneo kerana akan dimasyhurkan sebagai ibukota pelabuhan berserta pelan pembangunan yang paling moden dan teratur.

Antara sebab-sebab mengapa lokasi ini dipilih adalah:

1.  Lokasi cukup strategik kerana berada di tengah wilayah Indonesia di Pulau Borneo iaitu Kalimantan Timur.
2.  Kawasan yang bebas bencana contohnya banjir, kebakaran hutan, gempa bumi mahupun tsunami
3.  Tanah milik Kerajaan Indonesia cukup luas untuk dimajukan.
4.  Mempunyai sumber air bersih yang banyak.
5.  Ianya dekat dengan beberapa kota yang sememangnya sudahpun dimajukan lama.
6.  Masyarakat di KALTIM mempunyai sosial budaya yang teguh dan punya dasar keterbukaan yang lebih luas kepada kaum di luar KALTIM.
7.  Berada di garis perimeter pertahanan dan keamanan yang mantap.  

Jika diikutkan perpindahan ibukota yang baharu ini adalah model ibukota pilihan rakyat Indonesia sendiri setelah merdeka daripada Koloni Belanda.  Jakarta atau nama lamanya Betavia adalah ibukota warisan pilihan penjajah suatu waktu dahulu.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment