Thursday 15 August 2019

ZAKIR NAIK MASIH DISENARAIHITAM DI SARAWAK -DATO IDRIS BUANG-


ISU Zakir Naik menjadi viral semula baru-baru ini dan pelbagai maklumbalas diterima dari warga netizen seanterio Malaysia.  Untuk Sarawak, Zakir Naik adalah antara nama yang disenaraihitamkan untuk memasuki Sarawak sejak di zaman Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan seterusnya Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari.  Ini selaras dengan kuasa autonomi imigresen yang dimiliki oleh Sarawak dan Sabah yang boleh menyenaraihitamkan mana-mana individu yang boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum dan agama di Sabah dan Sarawak.  

Mengulas isu Zakir Naik yang didakwa telah mendakwa bahawa kaum India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India daripada Perdana Menteri Malaysia ketika berceramah di Kelantan baru-baru ini, Dato Idris Buang yang merupakan Ketua Penerangan PBB Sarawak dan ADUN Muara Tuang merasakan adalah perlu untuk Zakir Naik memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya.  Ini kerana ianya menyentuh hati ramai kaum India di Malaysia.  

Pautan berita penuh:


No comments:

Post a Comment