Saturday 24 August 2019

PORTFOLIO PENGANGKUTAN DAN PELABUHAN DIBENTUK BAGI MEMPERTAHANKAN HAK SARAWAK


DALAM rombakan Kabinet Kerajaan Sarawak beberapa hari yang lepas menyaksikan ada dua portfolio baru yang diperkenalkan iaitu Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan diterajui oleh Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing sebagai Menteri dan Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi sebagai Menteri Muda.  Sementara itu Kementerian Pengangkutan pula telah diberikan tanggungjawab yang besar kepada Datuk Lee Kim Shin sebagai Menteri dan Datuk Dr. Jerip Susil menjadi Menteri Muda.
Ramai yang tertanya-tanya apakah rasionalnya menambah portfolio baru di dalam Kabinet Kerajaan Sarawak sedangkan apa yang ada sudah cukup untuk mengurustadbir Sarawak Bumi Kenyalang itu sendiri.  Sesungguhnya ada cerita disebalik pembentukan portfolio baru ini yakni menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ada “pihak tertentu” yang cuba untuk mengambilalih pelabuhan yang ada di Sarawak.  Jadi ianya harus dipertahankan dengan memperkenalkan portfolio baru agar pelabuhan di Sarawak akan boleh dibangunkan fasilitinya dengan lebih teratur dan moden mengikut cara kita.  
Manakala untuk portfolio Pengangkutan pula sememangnya ianya diperlukan kerana dengan banyaknya infrastruktur untuk jalan pesisir serta sistem pengangkutan yang sedia dan akan dibina adalah menjadi tanggungjawab Sarawak untuk memastikan ianya dijaga dan dikawal dengan sebaik mungkin.
Pautan berita penuh seperti berikut:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/24/pelabuhan-dan-pengangkutan-dua-portfolio-penting-untuk-pertahankan-hak-sarawak
Untuk informasi rakyat Sarawak bahawasanya hak pelabuhan dan pengangkutan adalah hak Sarawak yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.   Jadi tindakan KM Abang Jo memperkenalkan dua portfolio baru ini sememangnya adalah keputusan yang tepat di dalam mempertahankan hak kita yang masih ada disamping masih lagi berusaha mendapatkan hak-hak yang sudah terhakis.

#SarawakDiutamakan

No comments:

Post a Comment