Friday 16 August 2019

KERAJAAN SARAWAK "TERBANGKAN" WARIS KELUARGA KOP. DAVID KE KEDAH


KEHILANGAN dua anggota tentera dari Sarawak di Pulau Perak, Kedah terus menjadi misteri yang tidak terungkap.  Rayuan daripada keluarga yang terlibat baru-baru ini mendapat perhatian Kerajaan Sarawak lantas menghulurkan bantuan sedaya yang mampu untuk mereka bertandang ke lokasi kehilangan dengan menggunakan komunikasi rasmi antara kerajaan.  

Pada hari Rabu tanggal 14hb Ogos 2019 menyaksikan waris keluarga Koperal David Edmund Rapi dari Dalat, Mukah iaitu kedua ibubapa Edmund iaitu Rapi Idal dan Teresa berserta abangnya Morni dan adik bongsunya Nur Lina Aisyah telah diterbangkan ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan jam 10.15 pagi dan kemudian meneruskan perjalanan ke Alor Setar, Kedah dengan penerbangan sambungan pada jam 2.30 petang. Mereka turut diiringi oleh Pegawai Unit Keselamatan Negeri Sarawak iaitu Encik Zayadi Sebeli.  
Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang membiayai sepenuhnya perjalanan waris keluarga ini dan juga penghargaan buat Leftenan Jeneral (B) Datuk Stephen Mundaw, seorang bekas anggota tentera kanan anak Sarawak yang turut menghulurkan bantuan mengatur ruang komunikasi dengan Kementerian Pertahanan bagi memudahkan pencarian waris keluarga ini.  Kehadiran mereka di sana adalah untuk mengambil segala barangan peribadi milik Koperal David yang ditinggalkan untuk dibawa pulang sekaligus mendapat penerangan secara peribadi mengenai proses pencarian anak mereka yang hilang.  
Difahamkan waris keluarga Moses pula telahpun ke Kedah atas biaya peribadi setelah beberapa hari Moses dilaporkan hilang.  
Kesemua mereka dijadualkan berangkat pulang ke Sarawak pada tanggal 17 Ogos 2019 ini iaitu esok hari. Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan Tuhan. Amin.  
Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment