Monday 26 August 2019

GPS EDAR 10K BENIH DURIAN MUSANG KING DI BEKENU


PERMINTAAN untuk durian jenis musang king sememangnya menjadi fenomena di seluruh dunia. Harganya cukup tinggi di peringkat antarabangsa sehingga banyak negara ingin menjadi pengeluar utama raja buah ini.  Dan ini termasuklah Sarawak yang sememangnya mampu mengeluarkan jenis durian yang bermutu tinggi ini.  

Demi melestarikan visi ini, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak telah mengedarkan 10,000 biji benih durian musang king dengan kos sebanyak RM328,300 kepada 2,373 penerima yang terdiri daripada 59 kampung dan rumah panjang di Bekenu, Miri.  Ianya adalah sebagai bantuan Kerajaan Sarawak kepada pekebun-pekebun di sekitar Bekenu untuk terus menjadikan durian musang king sebagai sebahagian daripada produk kebun-kebun tempatan lantas boleh menjana pulangan ekonomi yang setimpal kepada mereka.

Hal ini diwarkan-warkan oleh YB Rosey Yunus merangkap Menteri Muda kepada Kementerian Kebajikan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak yang juga ADUN Bekenu di satu acara rakyat di Bekenu, semalam.

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment