Tuesday 13 August 2019

DONG ZONG RASIS! -TUN M-


TATKALA Kementerian Pendidikan Malaysia mengwar-warkan penulisan jawi dan seni khat akan diperkenalkan di dalam sistem pendidikan Malaysia beberapa minggu yang lepas pelbagai maklumbalas diterima daripada rakyat Malaysia.  Rata-rata warga netizen berketurunan Melayu menyokong cadangan tersebut sementara ada segelintir kaum Cina dan India ada yang tidak bersetuju. Namun begitu ketegasan Tun M yang tegas menyatakan bahawa pembelajaran ini akan diteruskan samada suka atau tidak sementara pembelajaran khat pula dikatakan menjadi subjek pilihan di sekolah vernakular.  

Kemudian perkembangan isu ini semakin “panas” apabila Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina yang dikenali sebagai Dong Zong telah melancarkan petisyen bagi menggagalkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia.  Tindakan ini telah diselar oleh ramai warga netizen dan semalam menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Tun M turut kecewa sehingga menggelar Dong Zong sebagai rasis atau perkauman.  

Pautan berita penuh seperti berikut:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dong-zong-rasis-semua-dia-bantah-tun-mahathir-214808

Menurut Tun M, kedegilan Dong Zong bukanlah baharu pertama kali tetapi sejak di tahun 2012 lagi iaitu ketika pemerintahan Barisan Nasional iaitu apabila kerajaan pada masa itu ingin mengadakan sekolah satu kampus, satu wawasan yang mana sekolah cina, tamil dan kebangsaan disatukan di dalam satu kampus.  Dong Zong pada masa itu adalah antara yang kuat membantah usaha kerajaan itu.  Dan sekarang mereka berani tampil untuk membantah isu pembelajaran jawi dan tulisan khat pula.

Tindakan Tun M yang melabelkan Dong Zong sebagai perkauman telah mendapat maklumbalas daripada kuartet Pakatan Harapan sendiri terutama sekali wakil-wakil rakyat di pihak DAP.  Menurut MP Kuching daripada DAP Sarawak iaitu YB Dr. Kelvin Yii, perbuatan Tun M melabelkan Dong Zong sebagai rasis adalah satu perbuatan yang salah.  

Pautan adalah seperti berikut:


Manakala di pihak DAP Selangor iaitu MP Ramkarpal Singh turut seia sekata dengan rakan DAP Sarawak.  Menurut beliau dakwaan Tun M keatas Dong Zong itu sesuatu yang amat dikesali yang akan menjauhkan lagi sebilangan rakyat Malaysia yang menentang pembelajaran tulisan khat untuk pelajar tahun 4 itu kelak.

Pautan adalah seperti berikut:


Tidak kurang kenyataan daripada ahli politik senior DAP iaitu Lim Kim Siang yang turut menyelar Tun M kerana melabelkan Dong Zong sedemikian rupa.  
Pautan adalah seperti berikut:

https://www.todayonline.com/world/dr-m-wrong-call-chinese-education-group-dong-zong-racist-over-khat-issue-dap-lawmakers

Bertitiktolak daripada bantahan secara terbuka oleh Dong Zong itu juga menyaksikan Pemuda Bersatu telah mengadakan satu petisyen dalam talian bagi menggesa Dong Zong diharamkan di Malaysia.  Menurut mereka tindakan Dong Zong yang cuba bermain api dengan mempolitikkan isu tulisan khat telah menganggugat keharmonian Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama selama ini.  

Pautan adalah seperti berikut:


Jika kita melihat kepada senario ini sememangnya pasti kedegilan Dong Zong seakan-akan disokong oleh Parti Demokratik Rakyat apabila hanya pemimpin DAP yang bangun menempelak kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun M. Sementara Parti Bersatu pula membela kenyataan Tun M dan Parti Keadilan Rakyat mahupun Amanah iaitu dua lagi kuartet Pakatan Harapan lebih gemar untuk mendiamkan diri daripada terjerumus di dalam isu ini.  

Apakah kesudahan ke atas isu ini sama-samalah kita tunggu dan lihat. 

No comments:

Post a Comment