Sunday 4 August 2019

PH SARAWAK, DASAR LIDAH BERCABANG!


TATKALA Kerajaan Sarawak menolak untuk Putrajaya mengambilalih kuasa “kerajaan tempatan” bagi membuat penyeragaman agar boleh diadakan satu pilihanraya kerajaan tempatan maka bergemalah suara sumbang daripada PH Sarawak yang sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai apa yang dimaksudkan autonomi itu sendiri.  Sudah terang lagi bersuluh, kuasa kerajaan tempatan adalah termaktub di dalam kuasa autonomi Sarawak yang mana menyaksikan Sarawak melalui GPS tidak akan menyerahkannya sewenang-wenangnya kepada Putrajaya.  

DAP Sarawak tanpa segan silu pula cuba mengadu domba rakyat Sarawak bahawasanya tindakan GPS itu adalah sengaja dilakukan kerana konon-kononnya GPS takut kehilangan kuasa.  Ini dinyatakan oleh pembantu kepada Chong Chieng Jen yakni Julian Tan.

Pautan adalah seperti berikut:

https://dayakdaily.com/tan-claims-gps-refuses-local-govt-election-to-maintain-power/

Dan apabila bercerita mengenai hal ini mungkin DAP Sarawak sudah lupa ingatan bagaimana Jeneral mereka yang sekarang adalah Perdana Menteri Malaysia pernah mengutarakan bagaimana pilihanraya kerajaan tempatan itu adalah tidak bagus untuk keharmonian negara.  

Pautan adalah seperti berikut:


Dan ingin juga bertanya kepada DAP Sarawak mengapa Sarawak dipaksa untuk menerima satu pilihanraya majlis berkuasa tempatan sedangkan negeri-negeri yang diperintah oleh DAP seperti Pulau Pinang mahupun PKR di Selangor TIDAK PERNAH atau GAGAL untuk mengadakan pilihanraya majlis berkuasa tempatan sejak mereka berkuasa dari dahulu sehingga sekarang.

Selain itu PKR Sarawak turut sentap berkenaan pemilihan kaunselor bagi majlis berkuasa tempatan baru-baru ini.  Menurut YB Willie Mongin, Ahli Parlimen Puncak Borneo mengatakan bahawa elaun kaunselor sebanyak RM300 sebulan adalah satu pembaziran dan penyalahgunaan kuasa kerana menggunakan wang rakyat.  

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2019/08/04/willie-rm300-allowance-an-apparent-abuse-of-power/

Jika diikutkan Sarawak hanya memberikan elaun terendah sahaja di dalam banyak negeri di Malaysia berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan sendiri.  Contoh terdekat adalah bagaimana Selangor yang ditadbir oleh Parti Keadilan Rakyat telah menaikkan elaun kaunselor daripada RM500 ke RM750 berkuatkuasa serta merta pada tahun 2018 sehingga sekarang. 


 Dan untuk Pulau Pinang dibawah DAP pula elaun untuk kaunselor lantikan mereka adalah sebanyak RM4,000 sebulan termasuk elaun mesyuarat RM1,200 dan telefon sebanyak RM300.

Jadi adakah YB Willie turut mengatakan bahawa Kerajaan Selangor mamelalui Parti Keadilan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang melalui DAP telah membazirkan wang dan penyalahgunaan kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sepertimana dia mendakwa GPS!!

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.thestar.com.my/news/community/2008/08/14/pay-rise-for-selangor-councillors/

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/06/384728/penang-appoints-48-individuals-fill-mbpp-mpsp-councillor-posts

Begitulah cara orang-orang politik PH Sarawak yang sering memutarbelit kenyataan mereka atas nama menarik perhatian rakyat Sarawak bahawa merekalah sebenarnya yang berjuang untuk rakyat Sarawak.  Namun hakikatnya apa yang keluar dari mulut mereka langsung tidak menunjukkan apa yang di dalam gabungan mereka iaitu Pakatan Harapan di Malaya buat. Asal Sarawak sahaja pelbagai cerca yang dilontarkan tetapi bila kawan sekapal, SUCI MURNI LAKSANA EMBUN PAGI.  

Bidalan lama pernah berkias yakni berhati-hati menepuk air didulang,jangan sampai air terpercik ke muka sendiri! KALAU HENDAK ADIL, BIAR MENYELURUH. JANGAN SESEKALI PILIH BULU! CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment