Thursday 22 August 2019

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SARAWAK PORTFOLIO BAHARU KABINET KERAJAAN SARAWAK 2019


SEGALA khabar angin yang membelenggu barisan kabinet Kerajaan Sarawak akhirnya ternoktah hari ini apabila Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari mengadaka sidang akhbar tadi di Wisma Bapa Malaysia.  Dengan  ketiadaan Datuk Seri Wong Soon Koh di dalam barisan kabinet Sarawak maka dua orang menteri senior sudahpun mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh beliau yakni Datuk Amar Douglas Unggah Embas dilantik sebagai Menteri Kewangan II manakala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak.  

Menariknya pada kali ini adalah kewujudan satu portfolio baru di dalam barisan kabinet Sarawak iaitu Kementerian Pengangkutan Sarawak yang mana menyaksikan menteri muda dahulunya telah diangkat menjadi menteri penuh iaitu Datuk Lee Kim Shin manakala Menteri Mudanya adalah Datuk Dr. Jerip Susil. Malah dek kerana ianya sudah menjadi kementerian yang mengkhusus maka satu lagi kementerian yang dinamakan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan ditambah.  Kali ini Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi yang dahulunya menteri muda Jalan Pesisir berpindah menjadi menteri muda di kementerian tersebu

Dan rombakan kabinet pada hari ini turut menyaksikan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dibawah satu bumbung namun pada kali ini telah dipecahkan menjadi dua kementerian iaitu Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Kementerian Belia Dan Sukan.  Walau bagaimanapun Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tetap menjadi Menteri kepada kedua-dua kementerian dengan dibantu oleh menteri muda Dato Sebastian Ting (Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) sementara Datuk Snowdan Lawan masih lagi menteri muda untuk Belia dan Sukan.  

Bagi menggantikan Tan Sri Mohd Morshidi Ghani yang bersara wajib, Datu Jaul Sameon secara rasminya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Sarawak yang baharu.  

Berikut merupakan senarai penuh rombakan kabinet Kerajaan Sarawak yang baharu.  

Ketua Menteri:  Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji
Openg

Timbalan Ketua Menteri:
1. Datuk Amar Douglas Unggah Embas
2. Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing
3. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Pejabat Ketua Menteri :

Menteri : Datuk Haji Talip bin Zulpilip (Integrity & Ombudsman)

Menteri Muda:
1. Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Junaidi (Islamic Affairs & DBKU)
2. Datuk John Sikei Tayai (Native Laws & Customs)
3. Puan Hajjah Sharifah Hasidah binti Sayed Aman Ghazali (Law, States-Federal & Project Monitoring)
4. Encik Abdullah bin Saidol (Corporate Affairs & UKAS)

Kementerian Kewangan Dan Perancangan Ekonomi

Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi: Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
Menteri Kewangan Kedua: Datuk Douglas Unggah Embas

Kementerian Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli

Menteri 1: Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg

Menteri 2: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Muda: Datuk Haji Len Talif Salleh

Kementerian Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah

Menteri: Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Menteri Muda:
1. Datuk Dr Roland Sagah Wee Inn
2. Dr. Abdul Rahman bin Ismail

Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan

Menteri: Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing
Menteri Muda: Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Industri Terminal  dan Keusahawanan

Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Muda:
1. Datuk Mohd Naroden bin Haji Majais
2. Encik Malcom Mussem Lamoh

Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi

Menteri: Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong
Menteri Muda: Dr. Annuar Rapaee

Kementerian Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak

Menteri: Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah

Menteri Muda:
1. Datuk Francis Hardin Hollis
2. Puan Hajah Rosey binti Haji Yunus

Kementerian Utiliti

Menteri: Datuk Seri Stephen Rundi Anak Utom

Menteri Muda:
1. Datuk Liwan Anak Dagang (Utility)
2. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Junaidi (Water Supply)

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Menteri:  Datuk Professor Sim Kui Hian

Menteri Muda:
1. Datu Dr. Penguang Anak Manggil
2. Dr Anuar Rapaee

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Muda: Dato Sebastian Ting Chiew Yew

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Muda: Datuk Snowdan Lawan

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Lee Kim Shin
Menteri Muda: Datuk Dr Jerip Anak Susil

No comments:

Post a Comment