MENJENGAH PRN ke-12 Sarawak yang menurut khabar beritanya akan dilaksanakan selewat-lewatnya penghujung tahun 2020, ada banyak cerita dibelakang tabir yang kita dengar menjadi paparan di media sosial mahupun di dada akhbar. Dan seperti selalunya pihak pembangkang di Sarawak sedang gigih mencari calon malah ada yang sudah memaparkan siapakah gerangan bakal calon mereka di kawasan tertentu.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Bintulu yang juga Presiden Progresives Democrative Party (PDP) antara gabungan parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (PDP) iaitu Dato Seri Tiong King Sing ada menyatakan bahawa parti gabungan di dalam GPS tidak sewajarnya hanya menumpukan pembahagian di kawasan tradisi yang diwakili mereka. Ini kerana sejajar dengan perubahan waktu mungkin ada yang mahukan ia diwakili oleh calon-calon dari parti yang lain.
Berbicara dari konteks itu menurut Dato Idris Buang yakni ADUN Muara Tuang yang juga Ketua Penerangan PBB turut bersetuju dengan kenyataan Dato Seri Tiong malah katanya andaikata perlu untuk parti-parti GPS membuat pertukaran kerusi kawasan maka ia harus dilakukan. Apa yang penting individu politik yang mewakili GPS itu berkelayakan dan terbukti mampu meneruskan kecemerlangan perkhidmatan kepada rakyat dan beliau sememangnya akan mendapat mandat dari rakyat untuk menang dikawasan tersebut.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment