INDIVIDU yang diiktiraf sebagai pakar kardiologi (Jantung) iaitu pengimejan MRI di Malaysia dan cukup gah namanya di dalam kerjaya yang cukup rumit di dalam sains perubatan masakini. Lahir pada tanggal 18 November 1963 dan pernah menuntut di SMK Rosli Dhoby, Sibu sebelum melanjutkan pengajiannya di dalam bidang perubatan peringkat Ijazah di Universiti Malaya dan seterusnya Ijazah Sarjana di Universiti St. James, Leeds UK. Telah menyelusuri ranjau nan berduri sebagai anak Sarawak dari Sibu yang mengejar cita-citanya sebagai seorang pengamal perubatan.
Dr. Annuar bin Rapaee mula menjengah dunia politik Sarawak pada tahun 2011 dan memenangi N49 Nangka atas tiket PBB/BN bagi menggantikan Dato’ Awang Bemee Awang Ali Bashah yang bersara dari dunia politik pada masa itu. Kemudian pada tahun 2016 di ketika PRN Ke-11, sekali lagi Dr Annuar terpilih untuk menjadi wakil rakyat bagi N55 Nangka dengan kemenangan yang cukup bergaya.
Di dalam kabinet Sarawak dibawah Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari, beliau telah diberikan satu tugas yang cukup mencabar iaitu sebagai Menteri Muda Pendidikan Dan Penyelidikan Teknologi. Antara kementerian yang baru di dalam kancah pentadbiran Sarawak. Beliau merupakan pilihan yang tepat untuk memegang jawatan tersebut sesuai dengan dirinya seorang pakar kardiologi sebelumnya.
Paling murah dengan senyuman dan sentiasa tampil bersahaja serta merendah diri merupakan antara sifatnya yang begitu mendapat tempat di kalangan rakan, anak-anak buah serta rakyat jelata. Personaliti seperti ini mungkin sedikit sebanyak akan menjadi kriteria penting untuk menampilkan dirinya sebagai bakal Naib Presiden PBB kelak sekiranya undi perwakilan memihak kepadanya.
No comments:
Post a Comment