BARU-BARU ini Sarawak di dalam musibah banjir dan kesannya sudah tentu berpanjangan lebih-lebih lagi apabila berbicara dari konteks banyaknya infrastruktur yang rosak seperti jambatan, jalan raya dan sebagainya. Tiada apa yang mampu menghalang kerana inilah fenomena yang bukan dipinta oleh manusia sebaliknya fenomena alam.
Untuk itu semalam menyaksikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak II iaitu Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing begitu optimis bahawa Putrajaya akan membantu Sarawak untuk memberikan dana pembaikan atas setiap kerosakan yang dianggarkan ratusan juta ringgit Malaysia. Rekod membuktikan bahawa Putrajaya tidak pernah melupakan rakyatnya walaupun negeri itu adalah negeri pembangkang sekalipun seperti apa yang berlaku di Kelantan dan Pulau Pinang.
Apa yang dinantikan sekarang untuk memohon dana pembaikan adalah betapa cepat setiap anggaran kerosakan ini mampu disiapkan agar kerosakan infrastruktur akibat banjir ini akan segera diperbaiki. Malah pertemuan beliau bersama Datuk Fadilah Yusuf (Menteri Kerjaraya) dan Perdana Menteri di ketika Konvensyen PBB yang lepas juga menunjukkan betapa positifnya Perdana Menteri Malaysia untuk membantu Sarawak menangani hal ini.
No comments:
Post a Comment