SARAWAK hos
SUKMA XVIII yang terbaik… inilah antara kata-kata yang diucapkan oleh ramai
atlet mahupun pegawai SUKMA di dalam memperkatakan betapa gilang gemilangnya
SUKMA XVIII berlangsung dari 23-31 Julai 2016.
Semalam pula majlis penutupan rasminya mengambil tempat yang menyaksikan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili Perdana
Menteri Malaysia membuat perasmian penutupannya di Stadium Sarawak.
Walaupun
kontinjen SUKMA Sarawak hanya menduduki tempat kedua dan tidak melepasi target
yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, namun begitu ianya bukanlah
menjadi persoalan pokok. Ini kerana
pencapaian atlet-atlet Sarawak juga tidak kurang hebatnya dengan memberikan
saingan yang terbaik serta ada beberapa acara yang tidak disenaraikan kita
mampu mengukir pingat tetapi mampu melakukannya.
Johan
keseluruhan SUKMA XVIII pada kali ini adalah kontinjen Selangor Darul Ehsan
dengan pungutan pingat sebanyak 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa. Pada kali ini juga menyaksikan Khairul Hafiz
Jantan, atlet trek dan balapan dari Melaka yang menjadi legendanya tersendiri
kerana berjaya memecahkan rekod 18 tahun acara 100m menjadi miliknya sekaligus
dinobatkan sebagai pelari terpantas di Malaysia sekarang. Pencapaiannya ini membolehkan beliau
dinobatkan sebagai Olahragawan SUKMA XVIII manakala Nur Aqilah Yusuf yang juga
atlet memanah dinobatkan menjadi Olahragawati SUKMA XVIII.
Untuk itu,
tahniah diucapkan kepada semua kontinjen SUKMA XVIII Sarawak kerana telah
menunjukkan semangan kesukanan yang tinggi.
Terima kasih kerana menjadi sudi bertamu di Sarawak dan semoga segala
memori digenggam kukuh di kotak ingatan sepanjang berkampung di Sarawak.
Untuk
sukarelawan dan juga pihak penganjur SUKMA XVIII Sarawak, tahniah dan syabas
kerana menjadikan SUKMA XVIII Sarawak ini menjadi yang terbaik serta
gilang-gemilang. Kita berlangsung dari SUKMA Perak pula menjelang tahun 2018.