KEMERIAHAN Sukan SEA yang ke-29 kian terasa dengan pelbagai promosi telah berkumandang di media-media saban hari. Ini merupakan kali ke-6, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah acaranya. Untuk Sukan SEA akan berlangsung dari 19 - 30 Ogos ini manakala untuk Sukan Para ASEAN pula akan bermula dari 17 - 23 September ini.
Walaupun tiada venue di Sarawak yang akan terlibat secara langsung mungkin kerana kekangan logistik, namun begitu ada 43 orang ahli sukan kelahiran Sarawak sudahpun menempa nama mereka untuk mewakili Malaysia di dalam sukan berprestij di Asean ini.
43 senarai penuh ahli sukan Sarawak mengikut acara sukan disertai adalah seperti berikut:
1. Basikal - Ariana Nurminda Ariffin
2. Bola Keranjang - Ma Chee Khuen, Liaw Chee Huei, Wong Mei Chyn
3. Bolasepak - Tommy Mawat Bada
4. Bola Tampar - Ranjit Ramu, Alicia Yii, Angela Tang , Stephanie Law, Ting Hui Chin, Mandy Song, Maida Song Hua, Chroe Wong Rong
5. Gimnastik - Arecia Esmelda Menti
6. Golf - Ashley Lau
7. Hoki - Fazilla Sylvester Silin
8. Judo - Brenton Sim
9. Kriket - Christina Nina Baret, Dewi Idora Chunam
10. Menembak - Bibiana Ng
11. Trek dan Balapan - Jackie Wong, Jonathan Nyepa, Mohamad Arif Zulhilmi Alet, Grace Wong, Norris Foo, Nixson Kennedy, Quek Lee Yong, Rizzua Abdul Rahman
12. Renang - Welson Sim, Erika Kong
13. Skuasy - Sanjay Singh Chal
14. Taekwondo - Augustine Rudy Grocer
15. Tenis - Mohd Assri Merzuki
16. Renang Terjun - Traisy Vivien Tukiet, Kimberly Bong
17. Wushu - Audrey Chan, Diana Bong, Loh Jack Chang, Gjeblehim Bong
18. Ragbi - Stancy Ling Engan, Cindy John Pasan, Fidelia Limang Telajan dan Dayang Manggie
Semoga kehadiran mereka di kancah sukan berprestij ini akan membuahkan hasil dengan menghadiahkan pungutan pingat pelbagai warna untuk Pasukan Malaysia. Selamat maju jaya diucapkan untuk mereka semua. Mereka tetap menjadi kebanggaan Sarawak Bumi Kenyalang.
No comments:
Post a Comment