Thursday, 3 August 2017

SEBUYAU BUKAN LAGI SEBUAH PEKAN KECIL


TERKENAL dengan produk yang sinonim dengan Sarawak iaitu ikan terubok menjadikan Sebuyau gah namanya seantero Malaysia.  Dahulu bukannya mudah untuk ke Sebuyau namun sejajar dengan waktu banyak infrastruktur seperti jalinan jalanraya pesisir dan jambatan yang menghubungkan pesisir pantai Sarawak bermula dari Lundu, Asajaya, Sadong Jaya, Matu hinggalah ke Kuala Tatau sedang rancak dibangunkan sekarang.  

Dan tiada siapa dapat menafikan apabila siap segala perancangan pembangunan ini kelak, Pekan Sebuyau yang sering digelar “pekan koboi” akan mendapat tempias secara langsung dan tidak mustahil ianya boleh bertukar menjadi sebuah bandar yang mempunyai segalanya nanti.  Peluang sosioekonomi di Sebuyau akan lebih terbuka luas untuk dieksplorasi seperti aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan.  Sekaligus ianya akan mampu menjana pendapatan yang lebih banyak dan teratur untuk rakyat di Sebuyau kelak.  

Begitulah yang rakyat di kawasan pedalaman Sarawak mahukan kerana selama ini kita hanya fokus untuk menaikkan bandar-bandar besar sedangkan hakikatnya kawasan pedalaman juga perlukan sentuhan Kerajaan untuk dibangunkan.  

No comments:

Post a Comment