ANGKARA mabuk dan hilang pertimbangan, seorang ayah tergamak mencampak anak lelakinya ke lantai. Kejadian ini berlaku di Jalan Amoi, Sibu semalam yang mana menyaksikan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera retak tulang bahu sebelah kanan.
Menurut sumber, ayah kanak-kanak lelaki tersebut bekerja sebagai tukang paip dan berusia 37 tahun. Beliau sudahpun ditangkap oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment