MENIN itulah gelarannya bagi masyarakat di Sebuyau kerana hanya di kawasan ini ianya cukup terkenal. Dengan nama saintifiknya Pholas Orientalis atau Siput Mentarang merupakan sejenis hidupan laut kerang-kerangan yang boleh dimakan. Kulitnya agak nipis dan habitat penghidupan ini adalah pada air laut yang bersuhu rendah.
Menurut sumber, sekarang ini adalah musim menin yang mana menyaksikan banyak menin-menin sudah dijual di pasaran tempatan oleh nelayan-nelayan yang sedaya upaya mengutipnya dengan meredah lumpur berselut semasa air surut.
Jangan pandang sipi-sipi keenakan memakan menin kerana ianya boleh dipelbagaikan di dalam masakan seperti masak tumis pedas dan sebagainya. Dan menurut kajian juga dikatakan bahawa menin antara hidupan laut yang boleh menguatkan ransangan tenaga batin bagi kaum lelaki.
No comments:
Post a Comment