Showing posts with label selera rasa. Show all posts
Showing posts with label selera rasa. Show all posts

Wednesday, 9 October 2019

KEK LAPIS SARAWAK DIMATA DUNIA


IKON Sarawak yang sering dicari malah amat dikagumi kerana kesedapan, ketrampilan dan cara ianya dimasak yakni Kek Lapis Sarawak tidak lagi hanya berkisar di dalam pasaran tempatan.  Malah sudah ada yang membawanya ke pasaran dunia dek kerana permintaan yang begitu memberangsangkan di luar negara.  

Dan baru-baru ini kek lapis Sarawak melakar sejarahnya tersendiri apabila dijadikan tema di dalam satu pertandingan memasak di England yang mana membariskan chef-chef terkemuka di sana.  Ini merupakan satu penghormatan besar kepada dunia kulinari Sarawak itu sendiri.  

Jika Laksa Sarawak mendapat jolokan “food from heaven” oleh seorang chef terkemuka dunia sekarang giliran kek lapis Sarawak menempa nama di pentas kulinari antarabangsa.  


Pautan berita penuh:

Thursday, 12 October 2017

MUSIM “MENIN” DI SEBUYAU



MENIN itulah gelarannya bagi masyarakat di Sebuyau kerana hanya di kawasan ini ianya cukup terkenal.  Dengan nama saintifiknya Pholas Orientalis atau Siput Mentarang merupakan sejenis hidupan laut kerang-kerangan yang boleh dimakan.  Kulitnya agak nipis dan habitat penghidupan ini adalah pada air laut yang bersuhu rendah.  

Menurut sumber, sekarang ini adalah musim menin yang mana menyaksikan banyak menin-menin sudah dijual di pasaran tempatan oleh nelayan-nelayan yang sedaya upaya mengutipnya dengan meredah lumpur berselut semasa air surut.  

Jangan pandang sipi-sipi keenakan memakan menin kerana ianya boleh dipelbagaikan di dalam masakan seperti masak tumis pedas dan sebagainya.  Dan menurut kajian juga dikatakan bahawa menin antara hidupan laut yang boleh menguatkan ransangan tenaga batin bagi kaum lelaki.