Saturday 5 May 2018

PERUNTUKAN RM5 JUTA UNTUK MEMBINA BATU KAWA WATERFRONT


“Hiraukan sengketa di sana (Semenanjung), jangan kita orang Sarawak terikut-ikut perangai mereka, kita Orang Sarawak hidup aman damai dan saling memahami, sama ada Melayu, Iban, Bidayuh atau Cina, kita semua adalah 'Anak Sarawak. Orang Cina bukannya pendatang sebaliknya adalah warga Sarawak. Kita harus terus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mempastikan Sarawak menjadi contoh negeri yang paling maju menjelang tahun 2030.” - KM Abang Jo -

Itulah kata-kata yang diucapkan oleh KM Abang Johari apabila merasmikan Program Sejiwa Senada di Dataran MJC Batu Kawa semalam yang mana turut mencatitkan jumlah kehadiran yang amat luar biasa sekali.  Program yang mampu mendekatkan lagi badan-badan kerajaan serta sektor korporat dengan rakyat sehingga ianya sering menjadi program yang ditunggu-tunggu apabila menjengah di satu kawasan saban tahun.  

Politik Sarawak adalah politik pembangunan dan dek kerana itulah ianya harus diwar-warkan kepada rakyat untuk mereka mengetahuinya terlebih dahulu.  Dan di program ini juga turut menyaksikan KM Abang Johari mengwar-warkan bahawa di kawasan Batu Kawa akan dibina satu lagi waterfront yang mana telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk membina.  Satu lagi limpah rahmat untuk masyarakat di kawasan Batu Kawa kelak.  

Di dalam program ini juga semalam menyaksikan KM Abang Jo turut menyampaikan Sijil Pelantikan Ketua Kaum kepada 14 orang ketua kaum dari Kuching dan Lundu.  Kemudian beliau menyerahkan Warta Rizab Komunal Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di bawah Program Pengukuran Inisiatif Baru NCR kepada Kampung Giit Padawan, Kampung Semadang Siburan dan Kampung Gita Baru, Sungai Maong.

Untuk Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS pula turut menyampaikan sumbangan kepada 10 Pertubuhan Sukarela Kebajikan Bahagian Kuching seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 1 Divisyen Kem Penrissen, Kuching Spinal Injuries Association (KUSIA), Persatuan Cerebral Palsy Bahagian Kuching Dan Samarahan dan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak. 

No comments:

Post a Comment