MENYELUSURI 100 hari pemerintahan kerajaan baru di Malaysia dibawah dokongan Pakatan Harapan timbul desas-desus idea untuk memberikan pakaian seragam buat tenaga pengajar di sekolah-sekolah awam di Malaysia. Walau ianya masih lagi hanya cakap-cakap sahaja namun sekiranya dilontarkan kata-katanya oleh pemimpin No. 1 sudah tentu ada keseriusan ceritanya.
Jika difikirkan secara lebih logik apakah perlu untuk Kerajaan Malaysia menyediakan sejumlah peruntukan bagi menyeragamkan pemakaian warga pendidik kita. Jumlah guru sahaja sudah cukup baik dari warga pendidik sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah tidakkah ianya akan lebih membebankan. Bukankah lebih baik sekiranya sejumlah peruntukan itu disalurkan buat menaiktaraf sekolah-sekolah yang sedia ada contohnya perkakasan sekolah yang kebanyakkannya sudah ditahap hidup segan mati tidak mahu. Atau untuk lebih up-to-date menyalurkannya buat membantu sistem pembelajaran guru-guru di sekolah-sekolah.
Ya tidak dinafikan sememangnya ada warga pendidik yang mungkin melaram ke sekolah namun disebalik “pentas fesyen sekolah” mereka itu turut tertakluk dengan undang-undang pemakaian ke sekolah seperti yang sudah diikuti sejak dahulu lagi. Yang paling utama sekarang adalah untuk mengangkat sistem pendidikan kita agar setara dengan negara luar setelah pelbagai polisi-polisi pendidikan yang bertukar-tukar hanya kerana keseronokan Menteri Pelajaran sebelumnya. Natijahnya pada anak-anak pelapis kepimpinan negara BUKANNYA warga pendidik yang sudah dewasa dan punya akal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja.
Usah ditambahlagi segala hal yang tidak berkaitan. Jika ingin menjadi Malaysia Baru, harus berfikir ke hadapan bukannya ke belakang.
No comments:
Post a Comment